Utusan Borneo (Sarawak)

80 peserta peroleh manfaat bicara peluang perniagaan MKM

-

SERAMAI 80 orang mengambil bahagian dalam program Bicara Minda Peluang Latihan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) sesi 2016 dan Peluang Perniagaan Koperasi yang berlangsun­g di salah sebuah hotel terkemuka di Miri, baru-baru ini.

Pensyarah MKM Sarawak Mohamad Suandi Mortadza memberitah­u, semua peserta terdiri daripada kumpulan sasaran anggota koperasi, ahli lembaga koperasi, jawatankua­sa audit dalaman koperasi, kakitangan agensi menyelia koperasi dan pengurus serta kakitangan koperasi.

“Program ini bertujuan mempromosi latihan dan pendidikan koperasi dan dianjurkan sepanjang tahun ini oleh MKM Sarawak.

“Pada masa yang sama, program ini memberi ruang berkongsi peluang perniagaan kepada gerakan koperasi di negeri ini,” katanya.

Beliau menambah, maklumat latihan dan pendidikan boleh dilayari di laman sesawang www.mkm.edu.my atau menghubung­i pejabat MKM Sarawak di talian 082-230409 untuk maklumat lanjut.

“Harapan kita, melalui program seperti ini, gerakan koperasi di Sarawak dapat mengambil peluang latihan dan pendidikan yang ditawarkan sepanjang tahun 2016.

“Ia memberi ilmu pengetahua­n diperolehi bagi memajukan koperasi masing-masing,” tambahnya lagi.

Menurut Suandi lagi, program tersebut merupakan siri ketiga diadakan di utara negeri ini, selepas Lawas pada 12 Januari dan Limbang pada 13 Januari.

Manakala pada 15 Januari, program sama diadakan Hotel Kemena Asyakirin di Bintulu.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Suandi (duduk baris kedua, tiga kiri) bersama para peserta yang mengambil bahagian dalam program anjuran MKM di Miri.
TIMBA ILMU: Suandi (duduk baris kedua, tiga kiri) bersama para peserta yang mengambil bahagian dalam program anjuran MKM di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia