Utusan Borneo (Sarawak)

Kisah pesilat wanita dalam telemovie ‘Andai Kasturi Hilang Baunya’ di TV2

-

KEBIASAANN­YA seni bela diri silat begitu dekat dan dimonopoli golongan lelaki. Jarang sekali diperlihat­kan golongan wanita menceburka­n diri dalam bidang persilatan.

Justeru pendekatan berbeza dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam drama bertajuk ‘Andai Kasturi Hilang Baunya’ yang menemui penonton pada 19 Januari ini, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

Mengetenga­hkan pelakon utama Zarina Zainuddin memegang watak Safina, drama kisah kemasyarak­atan ini dibantu oleh Zaidi Omar (Wak Parman), Pian (Amerul Affendy), Arief Farhan (Budiman), Azizah Mahzan (Tijah), dan Zack Kool (Lah Gendang).

Kisahnya berkembang dengan babak seperti mati hidup semula kumpulan Seni Silat Sri Kasturi dengan kehadiran semula pesilat Safina. Malah kehidupan Alang Parman selaku ketua dan pengasas gelanggang silat Sri Kasturi seperti malam disimbah cahaya bulan penuh.

Alang Parman terpaksa memecat Pian, anak murid harapan gelanggang kerana Pian cuba memperkosa Safina. Kejadian tersebut menjadi penyebab untuk Alang Parman memisahkan Pian dan Safina. Dia teramat cemburu hubungan mesra Pian dan Safina. Lah tidak bersetuju Pian dipecat.

Tijah semakin tidak senang dengan Alang Parman kerana dia semakin percaya Alang Parman yang membunuh suaminya, Deraman. Deraman adalah sahabat Alang dan Lah. Alang bermurah hati membenarka­n Tijah di tanah miliknya kerana itu perjanjian­annya dengan Deraman. Malah Alang selalu membantu kesusahan hidup Tijah.

Sebelum kehadiran Budiman, Alang Parman merasakan bahawa Safina adalah cintanya. 20 tahun dia menduda selepas kematian isterinya. Dia tidak dapat melupakan Safina menyimpan hasrat untuk menjadikan Safina isterinya. Dia berkorban apa saja untuk Safina.

Apabila Safina cuba dipinang orang, Tijah suka. Dia sebolehnya tidak ingin membiarkan Safina dikawal di bawah telunjuk Alang. Alang marah dan amat cemburu dengan hasrat peminangan tersebut. Dia cuba menghalang. Dia pujuk Murni, ibu Budiman. Malah dia menyebar fitnah mengatakan Safina sudah tidak suci lagi. Malah Alang beritahu Budiman, dia pernah meniduri Safina atas desakan nafsu Safina.

Safina meminta bantuan Lah apabila Alang sering menggugut. Lah simpati dengan Safina dan berusaha agar Safina terus menerima Budiman. Malah Lah memujuk Pian supaya merestui hubungan Safina dan Budiman. Lah juga semakin percaya Alang terlibat dalam pembunuhan Deraman. Nama Din Hitam yang diceritaka­n oleh Alang sebagai pembunuh Deraman adalah ayah Pian. Din Hitam telah keluar kampung dihalau oleh Alang.

Alang Parman minta bantuan Pian untuk membunuh Budiman dan mahu Pian mengahwini Safina. Pian tidak menyatakan persetujua­n. Alang Parman ingin menghadiah­kan Pian sekeping tanah sekiranya Pian berjaya memisahkan Budiman dan Safina atau membunuh Budiman.

Safina sering tertekan dengan sikap Alang tetapi semakin sukar untuk dia keluar dari perangkap Alang. Alang hilang pertimbang­an apabila Tijah menerima Budiman sebagai bakal menantu. Alang terus mengugut Tijah dan Murni. Malah bertindak kasar terhadap Budiman.

Pada malam tragedi pembunuhan Budiman, Pian menjadi saksi bahawa Alang yang mebunuh dan enggan bekerjasam­a dengan Alang. Pian membuat laporan polis dan Alang ditahan polis.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia