Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal buat persembaha­n di festival muzik Havana

-

MAJOR Lazer, salah satu kumpulan paling popular dalam muzik elektronik, akan membuat persembaha­n di Cuba sebagai sebahagian daripada satu festival yang unik dan dijalinkan dengan Amerika Syarikat (AS) selepas hubungan semakin pulih di antara musuh-musuh Perang Dingin itu.

Kumpulan itu, dengan lagu mereka ‘Lean On’ yang paling popular dalam sejarah dalam khidmat striming Spotify, akan membuat persembaha­n pada 6 Mac ini di tebingan dermaga Havana untuk melancarka­n festival Musicabana festival yang memaparkan lebih 25 artis.

Yayasan Musicabana, yang mempromosi­kan kegiatan kebudayaan bersama AS-Cuba dan menganjurk­an acara tersebut, berkata konsert itu adalah percuma bagi rakyat Cuba, dan orang asing digalakkan untuk membeli tiket dan melawat pulau itu.

Penghibur di festival itu termasuk artis klasik dari pergerakan nueva trova dalam muzik akar-umbi Cuba, Pablo Milanes yang berusia 72 tahun dan Carlos Varela yang berusia 52 tahun, dan Ibeyi, iaitu kumpulan R&B Afro-Cuba yang dianggotai dua adik beradik perempuan yang dilahirkan di Paris.

Anggota utama Major Lazer, Diplo, seorang penerbit yang baru-baru ini bekerja bersama Madonna dan Justin Bieber, menyebut dalam satu kenyataan bahawa dia mahu membuat persembaha­n di Havana sebahagian­nya kerana “impak kebudayaan Cuba yang berpengaru­h di seluruh dunia”.

Diplo berkata dia belajar menghargai kebudayaan Cuba ketika dia membesar di Miami dan melawat pulau itu beberapa tahun lalu bersama kumpulan dari Puerto Rico, Calle 13.

“Selama empat hari saya di sana, fikiran saya dikejutkan oleh rakyatnya, kebudayaan­nya yang mendalam dan cara hidup mereka,” katanya.

Hubungan di antara AS dengan Cuba telah berkembang dengan pantas sekali sejak Disember 2014 apabila Presiden AS Barack Obama dan Presiden Cuba Raul Castro bersetuju untuk memulihkan hubungan selepas permusuhan selama setengah abad.

Hubungan yang semakin baik telah membuka peluang baharu bagi peminat di AS dan industri rakaman untuk bekerja di Cuba, yang terkenal kerana warisan muziknya yang kaya.

Artis AS yang sudah pergi ke Cuba sejak hubungan bertambah baik termasuk pemain saksofon jazz ringan Kenny G, kumpulan hard rock yang berjambang ZZ Top dan Dead Daisies, iaitu kumpulan super metal bersama anggota kumpulan Guns N’ Roses dan kumpulan lain. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia