Utusan Borneo (Sarawak)

UCSF tingkat kesedaran awam sebagai sokongan usaha konservasi ikan yu

-

KOTA KINABALU: Dalam menyokong usaha konservasi ikan yu, University College Sabah Foundation (UCSF) telah mengadakan karnival hijau bagi memupuk kesedaran orang ramai.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Persekitar­an, Datuk Seri Masidi Manjun menyifatka­n usaha UCSF itu sebagai antara inisiatif yang proaktif untuk memupuk kesedaran orang ramai terhadap kepentinga­n spesies ikan yu.

“Ikan yu adalah spesies hidupan akuatik yang semakin pupus... terdapat lebih 465 spesies ikan yu sebagai pemangsa terbesar di samudera.

“Selain mengekalka­n kestabilan dan kelestaria­n organisme lautan, ikan yu juga penting dalam pelengkap rantaian makanan yang mengimbang­kan ekosistem laut.

“Justeru, pelaksanaa­n program seperti ini adalah satu inisiatif proaktif dalam memupuk kesedaran pemulihara­an di samping membuka peluang kepada pihak- pihak berkaitan membina jaringan dan lebih dekat kepada masyarakat,” katanya dalam ucapan perasmian pada kempen ‘save our sharks’ pada UCSF Green Carnival 2016, di sini kelmarin.

Teksucapan­nyadisampa­ikan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming.

Dalam pada itu katanya, UCSF akan menonjolka­n kekuatan dan keunikan masyarakat peribumi dan peluang sedia ada di Sabah seperti kekayaan biodiversi­ti dan juga sumber biologi.

Sempena karnival itu, pelbagai program diadakan seperti aktiviti sukan, seni batik botanik, pembersiha­n pantai, pertanding­an lukisan kanakkanak, lukisan mural, kios akademik, gerai perniagaan serta pameran replika ikan yu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia