Utusan Borneo (Sarawak)

Mahalil penerima Anugerah Maulidur Rasul daerah Tongod

-

KOTA KINABALU: Atas sumbangan berterusan yang diberikan kepada masyarakat setempat, Ketua Kampung merangkap Imam Kampung ( Kg) Kenang- Kenangan Tongod, Mahalil KK. Imam Mutalib, 57, diumumkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat daerah Tongod.

Pengerusi Masjid Ar-Rasyid Kg Kenang-Kenangan yang dilantik sejak tahun 2000 ini kini turut bertugas sebagai pengarah syarikat perladanga­n sejak 2004 hingga sekarang.

Anak kelahiran Kg KenangKena­ngan (Tamoi) ini banyak menyumbang dalam pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarak­atan di kampung berkenaan.

Dalammajli­situ,terdapatle­bih 600 orang peserta memeriahka­n MajlisSamb­utanMaulid­urRasul peringkat daerah Tongod yang diadakan di Dataran Terbuka Tongod, pada 9 Januari lalu.

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Junaidi Jumahad yang hadir mewakili Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Arifin Mohd Arif.

Antara pertanding­an yang diadakan sempena sambutan itu adalah pertanding­an sepanduk terbaik serta pertanding­an kontinjen teramai dan terbaik.

Untukperta­ndingansep­anduk terbaik ia dimenangi oleh Klinik Kesihatan Tongod manakala, di tempat kedua dan ketiga masing- masing dimenangi oleh Kg Keramuak dan Kg Tongod.

Bagi pertanding­an kontinjen teramai dan terbaik pula dimenangi oleh Kg Tongod, diikuti dengan Kg Keramuak yang berada di tempat kedua dan Kg Entilibon untuk tempat ketiga.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Tongod Abd Hasim Omar dan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merangkap Pengerusi Induk Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tongod Mohd Abdullah Tuah.

 ??  ?? TAHNIAH: Junaidi (duduk, lima kiri) bergambar bersama ahli jawatankua­sa penganjur dan penerima anugerah Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tongod, yang diadakan di Dataran Terbuka Tongod, baru-baru ini.
TAHNIAH: Junaidi (duduk, lima kiri) bergambar bersama ahli jawatankua­sa penganjur dan penerima anugerah Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tongod, yang diadakan di Dataran Terbuka Tongod, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia