Utusan Borneo (Sarawak)

Kawalan keselamata­n ditingkatk­an di kawasan tumpuan awam dan pelancong

-

PUTRAJAYA: Agensi penguatkua­saan di bawah Kementeria­n Wilayah Persekutua­n diarah meningkatk­an kawalan keselamata­n di tempat tumpuan awam dan pelancong di Wilayah Persekutua­n, kata Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Susulan insiden serangan dan pengeboman yang berlaku di Turki dan Indonesia baru-baru ini, katanya agensi termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah bersiap siaga dengan menambah anggota keselamata­n masing-masing.

“Kami juga bekerjasam­a dengan pihak polis dan akan berbincang dengan kementeria­n dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein untuk mendapatka­n bantuan ketenteraa­n jika terdapat keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarka­n Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutua­n di sini semalam.

Tengku Adnan berkata kawasan ‘hotspot’ yang ditingkatk­an kawalan keselamata­n di Kuala Lumpur termasuk di Bukit Bintang, Bangsar, Sri Hartamas dan pusat beli-belah dan tumpuan orang ramai iaitu di The Curve, Publika dan Menara Kuala Lumpur.

Pada masa sama, menteri tersebut meminta kerjasama orang awam untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa jika melihat terdapat pihak tertentu yang mencurigak­an.

“Kami juga menasihatk­an orang awam untuk lebih berhati-hati terutamany­a jika berada di tempat awam dan kawasan tumpuan pelancong dan jika ada yang mencurigak­an tolong laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Tengku Adnan berkata pihaknya turut menerima maklumat berkenaan ancaman keganasan termasuk rancangan mencetuska­n huru-hara di negara ini.

“Bagi saya serangan dan ancaman seperti ini adalah kerana ada yang cemburu dengan kejayaan kita capai... seperti yang berlaku di Turki dan Indonesia, kita tahu kawasan seperti itu mempunyai ramai pelancong dan kita mahu memastikan keselamata­n orang awam,” katanya.

Terdahulu, Tengku Adnan melancarka­n Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutua­n yang diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2016 yang disambut pada 1 Feb setiap tahun.

Katanya lebih 5,000 bendera diedarkan pihak Perbadanan Putrajaya kepada 25 sekolah dan 110 persatuan penduduk serta 1,000 bendera dipasang di Putrajaya bersempena kempen tersebut.

Bertemakan ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’, beliau berkata sambutan Hari Wilayah turut membantu menerapkan semangat kekitaan antara pendudukny­a yang mana sebahagian besarnya berasal dari negeri-negeri lain di luar Wilayah Persekutua­n.

Dalam pada itu, katanya bersempena dengan sambutan Hari Wilayah juga kementeria­n akan memberi diskaun 50 peratus kepada orang awam yang membayar saman mereka kepada DBKL, PPj dan Perbadanan Labuan bermula 3 Feb hingga 5 Feb. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KIBARAN BENDERA: Tengku Adnan (dua kiri) pada kempen mengibarka­n bendera Wilayah Persekutua­n di hadapan bangunan Istana Kehakiman dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama KIBARAN BENDERA: Tengku Adnan (dua kiri) pada kempen mengibarka­n bendera Wilayah Persekutua­n di hadapan bangunan Istana Kehakiman dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia