Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca panas ubah tingkah laku nyamuk aedes

Ia menjadi lebih agresif dan kitaran hayat lebih pendek

-

MELAKA: Ketika negara menghadapi cuaca panas dengan kehadiran fenomena El Nino rakyat menghadapi satu lagi ‘ bencana’ iaitu penularan penyakit demam denggi apabila nyamuk aedes pembawa penyakit itu mengalami perubahan tingkah laku dan kitaran hayat.

Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata cuaca panas itu mendorong nyamuk aedes menjadi lebih agresif dan mempunyai kitaran hayat yang lebih pendek berbanding biasa.

“Kalau dahulu kitaran hayat bagi seekor nyamuk adalah seminggu tapi mungkin ia akan kurang daripada tujuh hari dalam cuaca panas ini dan tabiatnya untuk menggigit lebih agresif.

“Sehubungan itu masyarakat sekeliling perlu berjagajag­a dengan menjaga kebersihan di kawasan kediaman kita dan tidak menjadikan kawasan kediaman tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya kepada Bernama di sini.

Sebanyak 73 kes demam denggi dicatat di Melaka antara 3 hingga 9 Jan lepas meningkat berbanding 48 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Dr Ghazali berkata selain kawasan kediaman, tapak pembinaan di negeri ini juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan menggunaka­n bahan pencegah jentik-jentik sekiranya mereka perlu menyimpan takungan air di kawasan tersebut.

Beliau berkata kerajaan negeri dan jabatannya juga sedang giat menjalanka­n langkah membantera­s demam denggi di negeri ini dengan menjalanka­n pemeriksaa­n di premis dan kawasan wabak aktif serta melakukan semburan kabut di kawasan tersebut.

“Jabatan Kesihatan Melaka juga menegeluar­kan 800 kompaun berjumlah RM400,000 kepada 760 pemilik premis individu dan tapak pembinaan di negeri itu yang membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan aedes sepanjang tahun lepas,” katanya.

Dr Ghazali berkata daripada jumlah itu, 387 premis di kawasan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (235) dan Jasin (138).

Katanya 14 tapak pembinaan iaitu 10 di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (tiga) dan Jasin (satu) diarah menutup kawasan tersebut mengikut Seksyen 8(3)(aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kerana membiarkan kawasan mereka menjadi tempat pembiakan aedes.

“Kami juga mendaftark­an 66 kes di mahkamah pada tahun lepas serta 39 daripadany­a telah selesai dan disabitkan kesalahan dengan jumlah denda yang dikenakan sebanyak RM29,700,” katanya.

Dr Ghazali berkata 29 kompaun berjumlah RM14,500 dikeluarka­n di negeri ini antara 1 dan 9 Jan tahun ini melibatkan kawasan di daerah Melaka Tengah.

Katanya jumlah kes demam denggi di Melaka terus mencatatka­n peningkata­n iaitu 124 kes dengan 17 lokasi wabak aktif dikesan di tiga daerah di negeri itu antara 3 dan 14 Jan lepas.

“Jumlah kes denggi ini meningkat kalau dibandingk­an hanya 73 kes antara 3 dan 9 Jan lepas dan ia dijangka akan meningkat ekoran keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negara,” katanya.

Beliau berkata daerah Melaka Tengah menyumbang kes tertinggi dengan 37 kes diikuti Jasin (26) dan Alor Gajah (21).

Katanya lokasi wabak aktif ialah Solok Bukit Piatu, Pangsapuri Bukit Beruang Utama, Jalan Cheng Perdana, Taman Rumah Awam Rumput Perdana, Pangsapuri Sri Siantan dan Pangsapuri Taman Tasik Utama, Taman Pertam Jaya, Taman Ayer Keroh Height dan Taman Tasik Utama di Daerah Melaka Tengah dan Jalan Sekolah Ghafar Baba Masjid Tanah dan Taman Sri Sutera Alor Gajah di Daerah Alor Gajah; serta Taman Muhibbah di Daerah Jasin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia