Utusan Borneo (Sarawak)

Skim insurans untuk pesawah terjejas bencana kini di peringkat akhir kajian

-

KOTA BAHARU: Kajian mengenai skim insurans untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam kini di peringkat akhir, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kajian berkenaan yang dilakukan oleh Agro Bank antaranya bagi mencari mekanisme terbaik supaya pelaksanaa­n skim insurans berkenaan tidak membebanka­n penanam padi.

“Kita akan mencari mekanisme supaya dari segi pembayaran premium insurans tersebut tidak membebanka­n petani,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaia­n hasil dan zakat Ladang Merdeka Ismail Mulong di sini, kelmarin.

Ahmad Shabery menjangkak­an dalam tempoh beberapa bulan ini, beliau akan dapat membentang­kan hasil kajian tersebut kepada kabinet.

“Kita minta syarikat insurans untuk menyambut perkara ini untuk melindungi petani kita dan tidak lagi mereka hanya bergantung (bantuan) kepada dana tabung bencana pertanian yang terhad dan banyak syarat,” katanya.

Ahmad Shabery berkata bagi peringkat permulaan, skim perlindung­an insurans itu hanya dikhaskan untuk penanam padi dan menjadi impian beliau untuk memperluas­kannya bagi tanaman lain.

Katanya kerajaan sudah melaksanak­an skim perlindung­an insurans kepada nelayan yang memberi banyak manfaat terutama kepada keluarga apabila nelayan terlibat ditimpa kemalangan semasa di laut.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu ( KADA) telah membuat persiapan bagi menghadapi musim kemarau berikutan fenomena El Nino untuk menyalurka­n air secukupnya di 28,000 hektar sawah di negeri ini.

Katanya usaha itu termasuk menyediaka­n lebih banyak pam mudah alih untuk menyedut air dari sungai ke sawah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Ahmad Shabery mendengar penerangan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu Datuk Md Alwi Che Ahmad (kiri) mengenai kawasan sawah padi pada Majlis Penyampaia­n Hasil dan Zakat Ladang Merdeka Mulong di Kota Baharu, semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Ahmad Shabery mendengar penerangan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu Datuk Md Alwi Che Ahmad (kiri) mengenai kawasan sawah padi pada Majlis Penyampaia­n Hasil dan Zakat Ladang Merdeka Mulong di Kota Baharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia