Utusan Borneo (Sarawak)

Insiden bom di Jakarta tidak jejas kehadiran pelancong di ibu negara

-

KUALA LUMPUR: Kebanyakan kawasan tumpuan di ibu negara seperti di Menara Berkembar Petronas, pusat beli-belah Suria KLCC dan Pavilion tidak terjejas dengan kehadiran orang ramai termasuk pelancong asing meskipun berlaku insiden serangan keganasan di Jakarta, Khamis.

Rata- rata mereka yang ditemui Bernama tidak melahirkan perasaan takut dengan keselamata­n masing-masing sebaliknya yakin dengan kemampuan pihak berkuasa dalam mengekang aktiviti keganasan di negara ini.

Pelancong dari Indonesia, Yan Sugianto, 40, berkata beliau mengetahui kejadian ancaman serangan pengganas itu semasa beliau di Jakarta iaitu sehari sebelum penerbanga­n ke negara ini.

“Saya sudah merancang bercuti di Kuala Lumpur selama tiga hari dan tidak ada perasaan bimbang kerana yakin dengan tahap kawalan keselamata­n di negara ini.

“Malah, Malaysia sudah diketahui antara negara yang selamat untuk dikunjungi dan saya juga tidak pernah dengar insiden keganasan yang melibatkan pelancong asing berlaku di negara ini,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau yang bekerja sebagai juruterban­g memberitah­u pada masa sama mengambil langkah berjaga- jaga dengan mengelakka­n daripada berkunjung ke kawasan yang boleh mencetuska­n keganasan seperti ke pusat hiburan.

Langkah awal itu katanya diambil sebagai salah satu usaha untuk mengurangk­an risiko sekiranya berlaku kejadian yang tidak diigini.

Pelancong dari Bangladesh, Moulik, 20, yang datang bersama keluarga berkata, mereka mengambil langkah berhati-hati di setiap lokasi pelanconga­n yang dilawati selepas insiden itu.

“Kami sudah berada di Malaysia apabila insiden serangan bom itu berlaku. Jadi kami perlu berhatihat­i sepanjang masa. Kami perlu mengelak daripada mendekati orang yang berpakaian seperti menutup muka atau membawa beg yang mencurigak­an,” katanya.

Sementara itu, pelancong dari Brazil Miguel Sousa, 40, berkata beliau tiada pilihan lain kerana sudah membuat perancanga­n dari awal untuk melancong ke beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Thailand dan Vietnam.

“Sebenarnya ia merupakan kes terpencil dan tidak berlaku pada sepanjang masa.

“Saya yakin pihak berkuasa Malaysia meningkatk­an lagi tahap pemantauan di tempat-tempat awam bagi mengelak insiden seperti itu berulang,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan ke tempat kawasan tumpuan awam juga mendapati tahap keselamata­n diperketat­kan dengan unit rondaan bermotosik­al (URB) dan kereta peronda (MPV) dilihat sentiasa melakukan rondaan berkala.

Selain itu, bilangan anggota polis yang berkawal juga didapati bertambah berbanding biasa. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia