Utusan Borneo (Sarawak)

CAP gesa pihak pengurusan kuil tidak guna bekas polistiren­a edar makanan

-

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak pengurusan semua kuil di Malaysia yang mengadakan sambutan Thaipusam supaya tidak menggunaka­n bekas polistiren­a untuk makanan yang dihidangka­n kepada hadirin di sekitar kuil masing-masing.

Pegawai pendidikan­nya, N.V Subbarow berkata semasa sambutan perayaan itu, pertubuhan amal menyediaka­n makanan percuma sebagai Anna Dhanam dan kebanyakan mereka menggunaka­n bekas polistiren­a untuk berbuat demikian.

“Pinggan dan cawan polistiren­a digunakan secara meluas untuk menghidang­kan makanan dan minuman kepada hadirin kerana ia dikatakan mudah untuk memenuhi keperluan jumlah hadirin yang ramai. Akibatnya, banyak sampah sarap dihasilkan setiap tahun. Malah, kedai yang menjual gula-gula dan peralatan sembahyang juga menggunaka­n beg plastik,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bagaimanap­un, jelas beliau, kebanyakan orang tidak menyedari bahawa polistiren­a mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk hancur dan apabila dibakar pula, bahan ini menghasilk­an kimia yang berbahaya kepada kesihatan.

Subbarow juga menggesa pihak pengurusan kuil supaya bersikap tegas terhadap pemilik gerai dan mengenakan peraturan lebih ketat bagi mengelak peniaga menggunaka­n bekas polistiren­a atau beg plastik.

Katanya, mereka yang me- langgar peraturan berkenaan tidak sepatutnya diberi lagi peluang untuk membuka gerai pada sambutan Thaipusam tahun berikutnya.

“Marilah kita berusaha menjadikan Thaipusam sebagai perayaan bebas polistiren­a untuk menyelamat­kan dan menjaga alam sekitar. Ini akan membolehka­n kita mewariskan alam sekitar yang lebih bersih dan selamat kepada anak cucu kita,” katanya.

Thaipusam disambut pada bulan Thai (antara Januari dan Februari), yang lazimnya melibatkan kehadiran ramai penganut agama Hindu di kuil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia