Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA sasar buka lima lagi pasar tani di N.Sembilan tahun ini

-

SEREMBAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sembilan menyasarka­n membuka lima lagi pasar tani baharu di Negeri Sembilan pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Hasim Rusdi berkata lima pasar tani baharu itu ialah di Dataran Pusat Perniagaan D’Cattleya, Senawang; Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah; Kampung Linsum, Rantau; Batu 3 1/2 Port Dickson (berkonsepk­an karavan) dan Masjid Kariah Sikamat, Seremban.

“Kewujudan pasar tani ini diharap dapat membantu masyarakat meringanka­n kos sara hidup yang tinggi. Pengguna di negeri ini lebih suka membeli di pasar tani kerana harga baranganny­a yang berpatutan.

“Berdasarka­n faktor itu, pasar tani perlu terus kekal dan akan mendapat sokongan berterusan oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar tani Batu 10 Labu dekat sini, semalam.

Turut hadir Pengarah FAMA Negeri Sembilan A. Rahaman Suleiman dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Mustafa Umar.

Pasar tani Batu 10 Labu mula beroperasi pada 19 Dis 2015 dan terdapat 20 usahawan niaga di pasar tani tersebut.

Hasim berkata setakat ini, terdapat 30 pasar tani di negeri ini termasuk pasar tani Batu 10 Labu dengan usahawan niaga yang terlibat seramai 1,066 orang.

Katanya empat pasar tani yang dibuka pada 2015, ialah pasar tani Giant Kuala Pilah, Tanah Merah Site C (Port Dickson), Pejabat Daerah Seremban (Seremban 2) dan Batu 10 Labu (Seremban).

“Nilai jualan yang dicatatkan 30 pasar tani ini sepanjang tahun lepas berjumlah RM24.9 juta, berbanding RM23.1 juta bagi tahun 2014. Secara perbanding­annya, jualan 2015 mencapai peningkata­n RM1.8 juta dengan peratus peningkata­n 7 peratus,” katanya.

Hasim berkata pasar tani yang mencatatka­n jualan tertinggi pada tahun lepas adalah pasar tani Ampangan dengan RM3 juta, diikuti pasar tani Paroi Jaya (RM2.6 juta) dan pasar tani Rembau (RM2.5 juta).

Katanya berdasarka­n jenis produk jualan (tiga ranking utama) pula, makanan dan minuman mencatatka­n jualan tertinggi berjumlah RM5 juta, diikuti sayur-sayuran (RM3.4 juta) dan ikan laut (RM2.6 juta). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia