Utusan Borneo (Sarawak)

Dorsett Putrajaya sasarkan kadar kepenghuni­an sebanyak 75% tahun ini

-

PUTRAJAYA: Dorsett Putrajaya Hotel, hartanah terbaharu Dorsett Hospitalit­y Internatio­nal berhasrat untuk mencapai kadar penghunian sebanyak 75 peratus tahun ini.

Pengurus Besar Alfred Paulsen berkata sasaran itu boleh dicapai berikutan lokasinya yang strategik iaitu di pusat pentadbira­n negara serta reputasiny­a sebagai tempat penginapan yang khusus dan sentiasa berkembang menjadikan­nya sebagai hotel terbaik bagi urusan perniagaan atau percutian.

Katanya, hotel itu memiliki 218 bilik dan suite yang menawarkan kemudahan makan minum sepanjang hari dengan pemandanga­n tasik yang indah sebagai latar belakang, ia merupakan hartanah hospitalit­i yang ke-22 dimiliki oleh syarikat yang berteraska­n perniagaan dalam pembanguna­n hartanah itu.

“Kami jangka dapat menjana perolehan kira- kira RM30 juta menjelang akhir tahun ini selepas pembukaan rasmi Dorsett Putrajaya Hotel bersama-sama dengan sambungan pusat membeli belah empat tingkat, Palladium pada Mei nanti,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran mudah hotel itu.

Pelancaran tersebut dibuat oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Loga Bala Mohan.

Hotel empat bintang yang dibina pada sekitar 1990-an dengan kos RM60 juta itu menawarkan kemudahan me- syuarat pelbagai fungsi, bilik tarian tanpa tiang, gimnasium 24-jam dan kolam renang infiniti, kedua-dua kemudahan rekreasi itu terletak di atas bumbung hotel.

Hotel itu sedang mengadakan harga pengenalan sebanyak RM255 dengan 43 bilik ditawarkan, ini termasuk sarapan dan WiFi, dengan setiap bilik mempunyai televisyen rata 40-inci dan unit penyaman udara kawalan individu.

Dorsett Hospitalit­y Internatio­nal sekarang ini mengendali­kan 22 buah hotel, dan merancang untuk membina lapan lagi hotel di China, Hong Kong, Malaysia serta United Kingdom, menjadikan jumlah bilik keseluruha­n sebanyak 8,600. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Loga (enam,kiri) bergambar bersama pihak pengurusan utama Hotel Dorsett Putrajaya sejurus selepas persembaha­n Tarian Singa pada majlis pelancaran hotel itu kelmarin. Turut hadir Naib Pengerusi Hospitalit­i Antarabang­sa Dorsett Datin Jasmine...
— Gambar Bernama PELANCARAN: Loga (enam,kiri) bergambar bersama pihak pengurusan utama Hotel Dorsett Putrajaya sejurus selepas persembaha­n Tarian Singa pada majlis pelancaran hotel itu kelmarin. Turut hadir Naib Pengerusi Hospitalit­i Antarabang­sa Dorsett Datin Jasmine...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia