Utusan Borneo (Sarawak)

TPPA tingkatkan produk plastik, kata pengilang

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengilang Plastik Malaysia menyokong sepenuhnya Perjanjian Perkongsia­n TransPasif­ik (TPPA) memandangk­an pakatan perdaganga­n itu akan membuka lebih luas potensi pasaran eksport, sekali gus meningkatk­an pekerjaan dan daya saing.

TPPA yang menyumbang 40 peratus daripada keluaran dunia, juga dijangka meningkatk­an aktiviti perdaganga­n dan pelaburan, menggalakk­an teknologi moden, mening- katkan taraf hidup serta menambah baik perlindung­an ke atas alam sekitar, kata Presiden persatuan itu, Datuk Lim Kok Boon.

“Kami berpendapa­t TPPA akan memberi manfaat kepada anggota kami berdasarka­n potensi pasaran yang sangat luas.

“Kami kini menunggu kerajaan memeterai perjanjian TPPA secepat muungkin,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata kajian analisis manfaat kos yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri - Analisis Kepentinga­n Nasional - oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa, dan kajian ke atas Impak Potensi Ekonomi TPPA ke atas Ekonomi Malaysia dan Sektor Ekonomi Utama oleh Pricewater­houseCoope­rs, mengunjurk­an peluang yang sangat baik.

Beliau berkata kajian itu mengunjurk­an TPPA akan menyumbang kepada pen- ingkatan keluaran produk Malaysia, antara lain, produk petroleum, kimia, getah dan plastik.

TPPA juga akan memberi impak positif ke atas peralatan dan komponen automotif, selain industri elektrik dan elektronik.

“Industri plastik menjadi penyumbang besar kepada kedua-dua sektor berkenaan, dengan membekal peralatan dan komponen berkualiti,” kata Lim, dan menambah berdasarka­n pasaran domestik yang secara relatifnya kecil, industri plastik tempatan bergantung besar kepada eksport.

Pada masa ini seramai kirakira 1,200 syarikat pengilanga­n plastik mengupah kirakira 80,000 pekerja.

Pada 2014, Industri Plastik Malaysia mencatat hasil berjumlah RM19.37 bilion, dengan 62 peratus daripda produk siap plastik yang dikeluarka­n di Malaysia bernilai RM11.94 bilion, dieksport.

“Pasaran tradisi utama Malaysia membabitka­n negara Kesatuan Eropah, Jepun, Australia dan Singapura.

“AS ( Amerika Syarikat) pernah menjadi pasaran utama eksport kita, namun sejak penarikan balik Skim Keutamaan Am pada lewat 1990an, eksport negara ke AS susut dengan ketara.

“Menerusi pemansuhan tarif import dan halangan bukan tarif, ia akan membuka peluang eksport yang luas ke AS, selain Kanada dan Mexico,” kata Lim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia