Utusan Borneo (Sarawak)

TPPA, isyarat kesediaan Malaysia patuhi standard tinggi

-

KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysia menjadi sebahagian anggota Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) membuktika­n negara kini bersedia mematuhi standard tinggi dalam perjanjian perdaganga­n dan pelaburan.

Ia juga menunjukka­n Malaysia merupakan negara mesra perdaganga­n dan pelaburan, kata Ketua Perunding, Datuk J.Jayasiri kelmarin.

Beliau juga menjelaska­n bahawa Malaysia sebelum ini merupakan sebahagian daripada Skim Keutamaan Am ( GSP) Kesatuan Eropah, yang membolehka­n pengekspor­t negara membangun membayar kurang ke atas eksport ke rantau itu.

Disebabkan tidak lagi dalam senarai GSP itu, Malaysia perlu menyertai perjanjian tahap tinggi seperti TPPA, katanya.

Jayasiri yang juga Timbalan Ketua Pengarah MITI berkata demikian pada forum ‘ TPPA: Pemuda Tanya, Pakar Rujuk Jawab’ anjuran Pergerakan Pemuda UMNO, di sini kelmarin.

“Kita juga mahu berunding dengan EU, sebab banyak industri telah mengalami kerugian sejak EU mengeluark­an Malaysia dari senarai GSP,” katanya.

(Latar belakang) Selain TPPA, Malaysia juga akan merundingk­an Perjanjian Perdaganga­n Bebas lain termasuk Malaysia-EU selain Perkongsia­n Komprehens­if Ekonomi Serantau.

(Latar belakang) Malaysia juga sebelum ini berkata bahawa ia masih terbuka terhadap FTA Malaysia-EU walaupun rundingan yang bermula pada 2010, kini tertangguh.

( Latar belakang) EU ialah rakan dagang ketiga terpenting Malaysia dan sumber kedua terbesar pelaburan langsung asing.

Justeru penyertaan dalam TPPA juga merupakan cara bagi Malaysia untuk berkomunik­asi dengan EU mengenai kesediaann­ya untuk meningkatk­an standard ke tahap antarabang­sa.

Jayasiri juga menjelaska­n kepada peserta mengenai kejayaan Malaysia mendapat fleksibili­ti yang memihak kepada beberapa dasar domestik, semasa proses penetapan terma dan syarat dalam TPPA.

Antara lain, Malaysia diberikan masa yang lebih lama berbanding negara lain dalam melaksanak­an beberapa komitmen, termasuk mengurangk­an dan memansuhka­n tarif ke atas produk tertentu.

“TPPA merupakan perjanjian perdaganga­n yang komprehens­if dan sepanjang proses rundingan selama lima tahun, kami berjaya membangkit­kan perlunya fleksibili­ti itu selepas menimbang kebimbanga­n pemegang kepentinga­n,” katanya.

Sementara itu, felo Institut Kajian strategik dan Antarabang­sa Malaysia Firdaos Rosli berkata Malaysia perlu merebut peluang menjadi anggota dalam perjanjian itu kerana ia memberi manfaat besar kepada masa depan negara.

Beliau berkata Malaysia perlu membuka luas pintunya kepada pasaran global dan bukan hanya memberi tumpuan kepada blok dan pelaburan tertentu sahaja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia