Utusan Borneo (Sarawak)

Kopi keluaran PPK Perak dipasarkan ke semua 278 cawangan seluruh negara

-

LARUT: Jenama Kopi Peladang akan dipasarkan ke semua 278 Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) di seluruh negara sebagai usaha untuk meningkatk­an permintaan produk itu.

Pengerusi PPK Perak Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata kopi keluaran PPK negeri itu dijangka mendapat sambutan menggalakk­an kerana rasanya yang bukan sahaja enak, malah berkhasiat.

Katanya kopi itu mempunyai keistimewa­an kerana ia diperbuat daripada campuran biji kopi terpilih bersama khasiat tongkat ali dan ubi jaga.

“Pengeluara­n kopi ini yang masih di peringkat awal, merupakan usaha untuk meningkatk­an ekonomi.

“Selepas ini kita akan mengeluark­an minuman teh misai kucing dan produk mi serta bihun,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Kopi Peladang, pada malam gala Kopi Peladang, di Arena Batu Kurau di sini malam kelmarin.

Menjelas lanjut mengenai produk tersebut, Raja Ahmad Zainuddin berkata ia didatangka­n dalam variasi ‘3 + 1’ serta ‘4 + 1’ dan dipasarkan dalam dua bentuk peket papan serta kotak.

“Kopi dalam bentuk peket papan dijual pada harga RM23, dan bentuk kotak RM18 sekotak,” katanya yang enggan mendedahka­n kos pelaburan awal pengeluara­n produk berkenaan.

Menurut Raja Ahmad Zainuddin pengeluara­n peringkat awal sebanyak 5,000 papan mengandung­i 10,000 peket, mendapat permintaan baik, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Ada PPK telah membuat 5,000 pesanan bagi mendapatka­n kopi ini, dan PPK Batu Kurau sahaja mempunyai 3,000 anggota yang boleh menjadi pengguna kopi ini,” katanya.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Pengerusi PPK Batu Kurau berkata pihaknya juga sedang meninjau peluang pasaran kopi ini di Timur Tengah dan China, memandangk­an kopi mendapat permintaan yang baik di negara berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga akan mewujudkan kios kopi bagi memudahkan orang ramai mendapatka­n kopi tersebut selain berhasrat memindahka­n operasi PPK Batu Kurau ke Taiping tidak lama lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia