Utusan Borneo (Sarawak)

Handal Group Malaysia beli premis untuk kampus bandar PIIC

-

KUALA LUMPUR: Handal Group Malaysia akan memeterai perjanjian dengan Hap Seng Land minggu ini bagi membeli secara keseluruha­n D’Alpinia Business Park (Tapak B) di Puchong untuk dijadikan kampus bandar Putra Intelek Internatio­nal College.

PIIC yang diasaskan oleh Handal Group Malaysia pada 2002, dijadual berpindah ke premis baharu itu pada 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutif Handal Group Malaysia Dr Barathan Muniyandy.

Kolej itu kini beroperasi di bangunan yang disewa di Bandar Puteri, juga di Puchong.

Dr Barathan berkata kolej itu merupakan institusi pengajian tinggi utama dalam bidang pengurusan risiko perusahaan, kajian perniagaan dan pengkomput­eran forensik di Malaysia.

Ia menawarkan lapan kursus peringkat diploma – Pengurusan Risiko, Teknologi Maklumat, Keusahawan­an Digital, Pengurusan Logistik, Pengkomput­eran Forensik, Perakaunan, Keselamata­n Digital dan Teknologi Hijau - dan empat kurusus pendek Sijil Komunikasi Bahasa Inggeris, Sijil Teknologi Maklumat, ‘Certified Risk Associate’ Denmark (CRA) dan ‘ Certified IT Risk Officer, Denmark (CRO).

Kolej itu juga menawarkan Program Memperkasa Bahasa Inggeris.

PIIC juga merupakan pusat peperiksaa­n bagi Sistem Ujian Antarabang­sa Bahasa Inggeris (IELTS).

Handal Group Malaysia ialah perintis dalam industri pengurusan risiko perusahaan di Malaysia, dengan pengalaman­n lebih 22 tahun dalam bidang berkenaan.

Dr Barathan memberitah­u Bernama perjanjian jual beli antara Handal Group Malaysia dan Hap Seng Land akan dimeterai pada 21 Jan ini di galeri Hap Seng di Puchong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia