Utusan Borneo (Sarawak)

KTS Trading promosi Stihl High Pressure Cleaner sempena Tahun Baharu Cina

-

SIBU: KTS Trading Sdn Bhd di Jalan Market kini mengadakan jerayawara promosi Stihl High Pressure Cleaner dan Wet & Dry Vacumm Cleaner sempena Tahun Baharu Cina dengan tawaran diskaun 10 hingga 15 peratus.

Pengurus Cawangan Sibu, Lau Siea Kung berkata, jerayawara alat pencuci bertekanan tinggi dan vakum itu telah bermula Disember tahun lepas hingga 6 Februari ini.

“Alat pencuci bertekanan tinggi Stihl adalah alat pembersih yang menggunaka­n air yang didorong dengan tekanan yang tinggi.

“Biasanya digunakan untuk membersihk­an teres rumah, padat dan mudah untuk disimpan di rumah,” jelasnya ketika ditemui pemberita, semalam.

Katanya, Stihl High Pressure Cleaner tampil dengan empat jenis model iaitu RE 98 dengan harga RM899 termasuk GST, RE 109 (RM1,049), RE 118 dan RE 128 Plus (RM1,589).

“Alat pencuci bertekanan tinggi Stihl model RE 109 dan RE 128 Plus antara model yang mencatatka­n jualan terbaik,” ujar Lau.

Manakala alat pembersih vakum Stihl sesuai digunakan untuk kegunaan di rumah atau kegunaan profesiona­l di bengkel, syarikat pembersiha­n dan industri.

“Pembersih hampagas turut disertakan dengan aksesori berkualiti tinggi dan tampil dengan jenis pembersih hampagas basah dan kering,” katanya.

Menurut Lau, pembersih hampagas Stihl boleh didapati dalam dua model iaitu SE 62 dengan harga RM804 termasuk GST dan model SE 122 (RM1,972).

“Dengan pembelian manamana model alat pencu- ci bertekanan tinggi dan pembersih hampagas, para pelanggan dapat memilih hadiah percuma beg atau hos,” jelasnya.

Bilik pameran dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Orang ramai juga boleh mengunjung­i bilik pameran KTS Trading Sdn Bhd di untuk melihat sendiri tawaran istimewa itu.

 ??  ?? TAWARAN MENARIK: Jerayawara promosi alat pencuci bertekanan tinggi dan pembersih hampagas Stihl dengan tawaran diskaun 10 hingga 15 peratus.
TAWARAN MENARIK: Jerayawara promosi alat pencuci bertekanan tinggi dan pembersih hampagas Stihl dengan tawaran diskaun 10 hingga 15 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia