Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM menyaksika­n dagangan berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan Minyak Sawit Mentah (MSM) dijangka menyaksika­n dagangan berhati-hati minggu ini, dengan julat harga antara RM2,150 dan RM2,250 setan disebabkan oleh inventori tinggi, kata seorang peniaga.

Pedagang Kanan Minyak Sawit Interband Group, Jim Teh berkata stok simpanan yang tinggi di Malaysia dan Indonesia berkemungk­inan menyebabka­n pasaran lebih rendah minggu ini.

“Selain itu, ekonomi dunia yang tidak stabil serta harga fizikal yang lebih tinggi, boleh menjadi faktor negatif yang akan memacu permintaan, terutama dalam kalangan pembeli fizikal,” katanya kepada Bernama.

Teh berkata pasaran tempatan juga dijangkaka­n menjejaki trend harga minyak mentah selain pergerakan ringgit.

Bagi minggu yang baru berakhir, harga kontrak hadapan MSM kebanyakan­nya didagangka­n rendah, diheret turun oleh harga minyak mentah yang lemah.

Berasaskan perbanding­an mingguan, Januari 2016 susut RM63 kepada RM2,200 setan, Februari 2016 turun RM5 kepada RM2,349 setan, Mac 2016 turun RM23 kepada RM2,412 setan manakala April 2016 susut RM29 kepada RM2,464 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 251,751 lot berbanding 177,378 lot minggu lepas manakala kepentinga­n terbuka meningkat kepada 277,863 kontrak berbanding 228,101 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Januari ke selatan meningkat RM40 kepada RM2,310 setan berbanding Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia