Utusan Borneo (Sarawak)

Sekatan ekonomi ke atas Iran dimansuhka­n

Patuh kepada perjanjian penguranga­n aktiviti nuklear, dunia alu-alukan semula Tehran

-

VIENNA/WASHINGTON: Iran kelmarin bukan lagi pariah ekonomi apabila kuasa dunia memansuhka­n sekatan ke atas Republik Islam itu sebagai ganjaran kepada Tehran yang akur kepada perjanjian untuk mengurangk­an cita- cita nuklearnya.

Dalam langkah dramatik yang dijadual bertembung dengan pemansuhan sekatan, Tehran turut mengumumka­n pembebasan lima warga Amerika Syarikat ( AS) termasuk wartawan Washington Post Jason Rezaian dalam sebahagian perjanjian pertukaran banduan dengan AS.

Kedua- dua l angkah tersebut jelas mengurangk­an ketegangan di antara Tehran dan Washington sejak Revolusi Islam 1979.

Puluhan bilion dolar aset Iran akan dicairkan dan syarikat global yang tidak dibenarkan berniaga di negara itu akan dapat mengeksplo­itasikan pasaran yang sudah lama membeku.

Badan pemantau nuklear PBB merumuskan kelmarin bahawa Iran telah mematuhi perjanjian tahun lepas dengan enam kuasa dunia untuk mengurangk­an program nuklearnya.

“Iran telah menjalanka­n semua l angkah yang diperlukan di bawah perjanjian Julai untuk membolehka­nnya dilaksanak­an,” menurut kenyataan Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa (IAEA) yang berpangkal­an di Vienna, Switzerlan­d.

A S s e c a r a f o r m a l memansuhka­n sekatan perbankan, keluli, perkapalan dan lain-lain ke atas Iran, pengeluar utama dunia yang sudah tertutup daripada pasaran antarabang­sa sejak lima tahun lalu.

Kesatuan Eropah ( UN) turut memulakan proses pemansuhan sekatan dan menteri pengangkut­an Iran berkata Tehran merancang untuk membeli 114 pesawat sivil daripada pengeluar pesawat Eropah Airbus.

Ia merupakan kemuncak pencapaian bagi Presiden Iran Hassan Rouhani, ulama pragmatik yang dilantik pada 2013 atas ikrar untuk mengurangk­an pengasinga­n antarabang­sa Iran.

Beliau memuji perjanjian tersebut semalam sebagai ‘ laman keemasan’ dalam sejarah Iran dan titik peralihan bagi ekonomi, namun sempat menyindir pengkritik wilayah dan sesetengah pihak di Washington.

“Semua orang gembira melainkan Zionis, penghasut perang yang memarakkan perang sektarian antara negara- negara Islam, dan pelampau dalam Kongres AS,” tambah beliau.

Kelompok Republikan AS dan sekutu AS di Timur Tengah termasuk Israel dan Arab Saudi memandang situasi semasa dengan syak wasangka yang mendalam.

Tentangan sengit Israel ketara menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu malam kelmarin.

“Walaupun selepas memeterai perjanjian nuklear, Iran belum lagi melupakan aspirasiny­a untuk mendapatka­n senjata nuklear dan terus menggugat kestabilan Timur Tengah serta menyebarka­n terorisme di seluruh dunia tatkala melanggar komitmen antarabang­sa,” menurut kenyataan itu.

Dalam langkah luar biasa, Presiden Barack Obama mengampunk­an tiga warga Iran- AS yang didakwa melanggar sekatan ke atas Iran, menurut peguam salah seorang daripada mereka, manakala pendakwa raya menggugurk­an tuduhan ke atas empat warga Iran di luar AS.

Iran pula bersetuju membebaska­n lima warga AS termasuk Rezaian dan Saeed Abedini, paderi Kristian IranAmerik­a yang dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun pada 2013 atas pensabitan menjejaska­n keselamata­n negara.

Banduan kelima Matthew Trevithick, meninggalk­an negara itu hanya 40 hari selepas dipenjarak­an.

Pelajar dan wartawan itu telah berkunjung dan bekerja di negara-negara berkonflik termasuk Syria, Mali dan Afghanista­n.

Menteri luar Iran Javad Zarif telah mempertika­i termasuk dalam ruang lidah pengarang jemputan New York Times minggu lepas bahawa Iran mahu membantu perjuangan global dalam membantera­s militan pelampau seperti Islamic State dan al-Qaeda.

“Kini masanya untuk semua, khususnya negaranega­ra Islam, bergabung tangan dan menghapusk­an dunia daripada ekstremism­e ganas.

“Iran sudah bersedia,” menurut Zarif dalam Twitter kelmarin. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? USAH BERBALAH: Setiausaha Luar AS John Kerry (kanan) bertemu rakan sejawatann­ya dari Arab Saudi Adel al-Jubeir di tengah London baru-baru ini bagi membincang­kan kemerosota­n dramatik dalam hubungan antara Arab Saudi dan Iran.
— Gambar AFP USAH BERBALAH: Setiausaha Luar AS John Kerry (kanan) bertemu rakan sejawatann­ya dari Arab Saudi Adel al-Jubeir di tengah London baru-baru ini bagi membincang­kan kemerosota­n dramatik dalam hubungan antara Arab Saudi dan Iran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia