Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan di Burkina Faso, 10 warga asing antara 29 yang maut

-

O U A G A D O U G O U : Sekurang- kurangnya 29 orang, termasuk 10 orang rakyat asing, telah terbunuh dalam satu serangan alQaeda ke atas sebuah hotel terkemuka di Burkina Faso.

Drama selama beberapa jam itu melihat pasukan tentera Burkinabe, dibantu oleh pasukan tentera khas Perancis, menentang militan termasuk dua orang pejuang wanita, yang telah menyerbu ke dalam hotel empat bintang Splendid, yang terkenal dengan rakyat asing dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, serta menjadikan lebih daripada 100 orang sebagai tebusan.

Burkina Faso telah mengumumka­n perkabunga­n negara selama tiga hari selepas serangan, yang menggambar­kan satu lagi serangan Al-Qaeda ke atas sebuah hotel mewah di negara jiran Mali di mana 20 orang telah terbunuh, kebanyakan­nya rakyat asing.

“Negara Burkinabe berada dalam keadaan terkejut,” Presiden Roch Marc Christian Kabore, yang memegang jawatan hanya pada bulan lepas, menyatakan dalam satu ucapan disiarkan di radio dan televisyen.

“Buat pertama kali dalam sejarahnya, negara kami telah menjadi mangsa bagi satu siri serangan pengganas kejam,” kata beliau, sambil menambah bahawa penduduk

Burkina bagaimanap­un akan “bangkit dengan kemenangan”.

Serangan bermula kira-kira pukul 7: 45 petang waktu tempatan pada Jumaat lepas ketika beberapa orang penyerang tidak dikenali menyerbu Hotel Splendid yang memiliki 147 buah bilik di tengah Ouagadougo­u.

Seorang wartawan AFP melihat tiga orang penyerang bersenjata memakai turban melepaskan tembakan di Avenue Kwame Nkrumah, salah satu dari kawasan utama di bandar ini. Seorang lagi saksi melaporkan melihat empat orang penyerang.

Hotel dan kawasan sekeliling­nya bertukar menjadi sebuah kawasan p e r t e m p u r a n k e t i k a pasukan tentera Burkina Faso, dibantu oleh pasukan tentera Perancis berpusat di bandar di bawah satu inisiatif serangan pengganas wilayah, melancarka­n satu cubaan untuk merampas semula hotel pada sekitar jam 2.00 pagi waktu tempatan.

Seramai 29 orang telah terkorban dalam serangan ke atas hotel dan sebuah restoran berhampira­n, termasuk enam orang rakyat Kanada, dua orang dari Perancis dan dua orang rakyat Swiss termasuk seorang rakyat Amerika.

Menteri Dalam Negeri Simon Compaore menyatakan mayat tiga orang pejuang jihad yang “sangat muda” telah dikenali, kesemua mereka adalah lelaki. Seorang sumber keselamata­n menyatakan pada mulanya bahawa sekurangku­rangnya empat orang penyerang telah terkorban, dua daripada mereka adalah wanita.

Al- Qaeda di Maghreb Islam (AQIM) telah mengaku bagi serangan itu bagi pihak sebuah kumpulan kecil, menyatakan serangan ke atas bekas jajahan Perancis itu bagi membalas dendam terhadap Perancis dan negara Barat yang tidak mempercaya­i, menurut kenyataan kumpulan pemerhati yang berpusat di AS SITE.

AQIM menyatakan penyerang adalah dari kumpulan ekstremis Algeria yang berbahaya Al- Murabitoun, Mokhtar Belmokhtar.

Beberapa orang tetamu berjaya melepaskan diri dari hotel melalui pintu keluar tepi, termasuk menteri buruh Clement Sawadogo, yang keluar tanpa kecederaan.

“Ia adalah teruk… terdapat darah di mana-mana sahaja. Mereka telah menembak ke arah orang ramai dari jarak dekat,” Yannick Sawadogo, salah seorang daripada mereka yang melarikan diri, memberitah­u AFP.

“Mereka telah berjalan di sekeliling orang dan menembak orang yang tidak mati.”

Tempat kejadian telah dihalang dengan pita kuning polis kelmarin, sementara pihak berkuasa membawa keluar mayat dalam beg plastik biru.

Campaore memberitah­u AFP bahawa 10 mayat telah ditemui di bahagian teres bagi restoran Cappuccino, yang terletak bersebelah­an dengan hotel.

Presiden Perancis Francois Hollande telah mengetuai kecaman antarabang­sa bagi apayangbel­iaukatakan­sebagai satu “serangan pengecut dan menjelekka­n”.

Juga kelmarin, kerajaan Burkina menyatakan bahawa dua orang rakyat Australia telah diculik pada Jumaat lepas di wilayah utara Baraboule, ber4hampir­an sempadan dengan Niger dan Mali.

Kumpulan militan Mali Ansar Dine memberitah­u AFP pasangan itu telah oleh pejuang jihad dari kumpulan dikaitkan dengan Al-Qaeda “Emirate of the Sahara”.

Kedua-dua mereka telah menguruska­n sebuah klinik surgikal di utara negara sejak 1972, dan tiada sebab telah diberikan bagi penculikan mereka, menurut satu kenyataan dari keluarga mereka.

Serangan di Ouagadougo­u adalah tidak dijangkaka­n di Burkina Faso dan muncul ketika orang ramai sedang menikmati kepulangan kepada kestabilan selepas pilihan raya pada November lepas yang menamatkan satu tempoh peralihan yang goyah sejak pengguling­an pemimpin veteran Blaise Compaore pada 2014, termasuk satu rampasan kuasa yang gagal.

Al-Murabitoun telah mula untuk bergerak masuk ke negara miskin yang mempunyai kira- kira 17 juta penduduk. Pada April lepas, ia telah mengakui bagi penculikan ketua keselamata­n sebuah lombong dari Romania di utara negara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERGEGAS: Anggota kumpulan pertama penyelamat Perancis melakukan rawatan kecemasan ke atas mangsa yang cedera dalam serangan di Hotel Splendid dan restoran Cappuccino semasa serangan Jumaat lalu.
— Gambar AFP BERGEGAS: Anggota kumpulan pertama penyelamat Perancis melakukan rawatan kecemasan ke atas mangsa yang cedera dalam serangan di Hotel Splendid dan restoran Cappuccino semasa serangan Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia