Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa bayi lemas menangis angkara kartun Charlie Hebdo

-

ARBIL: Ayah kepada seorang bayi Syria yang lemas menangis ketika beliau melihat satu kartun menggambar­kan anak lelakinya sebagai seorang dewasa terlibat dalam gangguan seksual, dan menyatakan kelmarin bahawa keluarga tersebut berada “dalam keadaan terkejut.”

“Ketikasaya­melihatgam­bar itu, saya telah menangis,” Abdullah Kurdi memberitah­u AFP melalui panggilan telefon, sambil menambah: “Keluarga saya masih dalam keadaan terkejut.”

Beliau turut menyatakan dalam satu kenyataan bertulis bahawa kartun dalam majalah satira Perancis Charlie Hebdo sebagai “tidak berperikem­anusiaan dan tidak bermoral” dan seburuk seperti mana tindakan bagi “jenayah perang dan pengganas” yang telah menyebabka­n kematian yang meluas dan kehidupan dalam pelarian di Syria dan tempat lain.

Mayat anak lelaki Abdullah berusia tiga tahun, Aylan telah dirakamkan dalam keadaan tertiarap di sebuah pantai Turki selepas beliau lemas ketika pelayaran menyeberan­gi ke Greek, satu imej suram yang membantu menumpukan perhatian antarabang­sa terhadap rayuan bagi pelarian yang melakukan perjalanan berbahaya ke Eropah.

Abang Aylan berusia empat tahun dan ibunya turut maut dalam kemalangan itu.

Charlie Hebdo menyiarkan sebuah kartun menunjukka­n Aylan sebagai seorang lelaki mengejar seorang wanita dengan kenyataan menanyakan: “Apa yang akan terjadi kepada si kecil Aylan sekiranya beliau membesar?”

“Orang yang meraba punggung di Jerman,” katanya, merujuk tentang siri jenayah menyasari wanita ketika sambutan Ambang Tahun Baharu di Cologne yang disyaki dilakukan pendatang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia