Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan Tsai cetus amarah China

Diseru lupakan ‘halusinasi’ kemerdekaa­n, tiada ucapan tahniah dari tanah besar

-

TAIPEI/BEIJING: Taiwan harus melupakan ‘halusinasi’ tentang usaha untuk mendapatka­n kemerdekaa­n, kerana sebarang langkah ke arah itu adalah “racun”, kata media kerajaan China ekoran kemenangan besar yang dicapai oleh pembangkan­g yang cenderung ke arah kemerdekaa­n di pulau tersebut.

Tsai Ing- wen dan Parti Progresif Demokratik (DPP) memenangi kemenangan yang meyakinkan dalam pilihan raya presiden dan parlimen kelmarin, satu perkembang­an yang mungkin akan memulakan keadaan tidak stabil baharu dengan China, yang menuntut Taiwan yang memerintah diri sendiri sebagai miliknya.

Tsai berikrar untuk memelihara keamanan dengan negara jiran gergasinya China manakala Pejabat Hal Ehwal Taiwan di China memberi amaran ia akan menentang sebarang langkah ke arah kemerdekaa­n dan Beijing bertekad mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Dalam reaksinya kepada kemenangan Tsai, media yang dikawal oleh kerajaan di China menggunaka­n bahasa yang jelas tidak begitu lantang berbanding bahasa yang dilemparka­n kepada Chen Shui-bian, presiden terakhir DPP, dan mengambil kira janji Tsai bagi keamanan dan memelihara “status quo” dengan China.

Namun agensi berita rasmi Xinhua turut memberi amaran, sebarang langkah ke arah kemerdekaa­n adalah umpama “racun” yang boleh melenyapka­n Taiwan.

“Jika keamanan dan kestabilan tidak ada di Selat Taiwan, pihak berkuasa baharu di Taiwan akan mendapati penderitaa­n rakyat yang ia ingin selesaikan menerusi ekonomi, punca pendapatan dan belianya adalah tidak berguna seperti mencari ikan di atas pokok,” katanya.

China melabel Chen, yang memimpin Taiwan dari 20002008, seorang pengacau dan pensabotaj hubungan antara selat, walaupun beliau cuba memelihara hubungan yang stabil dengan Beijing.

The Global Times, sebuah tabloid berpengaru­h yang diterbitka­n oleh akhbar rasmi Parti Komunis yang memerintah China, People’ Daily, berkata dalam satu tulisan pengarang, jika pentadbira­n Tsai cuba “melintasi garisan merah” seperti Chen, Taiwan akan “menemui jalan mati”.

“Kami berharap Tsai dapat memimpin DPP keluar daripada halusinasi kemerdekaa­n Taiwan, dan menyumbang kepada perkembang­an umum dan aman di antara Taiwan dengan tanah besar,” tambahnya.

Di Taiwan, akhbar China Times yang mesra China menyeru kepada Tsai untuk menjadi ‘merpati keamanan antara selat’.

“Keamanan di seberang Selat Taiwan adalah faktor luaran paling penting bagi pembanguna­n Taiwan yang stabil,” katanya dalam satu tulisan pengarang.

Tsai memenangi 56 peratus undian untuk menewaskan pencabar Eric Chu dari Parti Nasionalis yang mesra China dan memerintah Taiwan di bawah presiden semasa Ma Ying-jeou sejak 2008.

DPP pimpinan Tsai turut memperoleh­i pencapaian yang tinggi dalam pilihan raya parlimen untuk mendapatka­n majoriti mutlak dengan 68 daripada 113 kerusi Parlimen, sekali gus memberi pentadbira­nnya lebih banyak kuasa untuk membuat dasar dalam tempoh empat tahun akan datang, dan mungkin pengaruh yang lebih ke atas Beijing dalam hal ehwal dan urusan antara selat.

Kementeria­n Luar China, dalam reaksinya kepada kemenangan Tsai, berkata Taiwan adalah satu perkara dalaman bagi China, hanya ada satu sahaja negara China di dunia dan pilihan raya di pulau itu tidak mengubah realiti ini mahupun penerimaan antarabang­sa terhadapny­a.

Tsai telah diberi salah satu jawatan yang paling sukar dan paling bahaya di Asia, kerana China mengacu ratusan peluru berpandu ke pulau yang dituntutny­a itu, beberapa dekad selepas golongan Nasionalis yang tewas melarikan diri daripada golongan Komunis pimpinan Mao Zedong ke Taiwan dalam perang saudara China pada 1949.

Rumah Putih kelmarin mengucapka­n tahniah kepada Tsai dan berkata Amerika Syarikat masih amat berminat dengan keamanan Taiwan dan China. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? MENANG MUDAH: Tsai melambaika­n tangan ketika menyambut kemenangan dalam pilihan raya di Taipei, kelmarin bersama rakan-rakan lain dalam DPP.
— Gambar AFP MENANG MUDAH: Tsai melambaika­n tangan ketika menyambut kemenangan dalam pilihan raya di Taipei, kelmarin bersama rakan-rakan lain dalam DPP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia