Utusan Borneo (Sarawak)

Korban serangan Jakarta cecah lapan orang

-

JAKARTA: Angka kematian dalam serangan ekstremis Jakarta telah bertambah kepada lapan orang, termasuk empat orang awam dan empat militan, selepas seorang pemerhati rakyat Indonesia tercedera mati semalam, menurut polis semalam.

Pihak polis sebelum ini menyatakan angka mangsa dari serangan pada Khamis lepas seramai dua orang, namun menambahka­n ia dengan kematian terbaharu dan pengesahan bahawa seorang lelaki Indonesia pada mulanya disyaki sebagai seorang militan adalah sebenarnya orang awam.

Serangan bom dan senjata terancang di sepanjang pusat bandar telah diakui oleh kumpulan Islamic State (IS).

Pihak berkuasa Indonesia mempersala­hkan ia terhadap sebuah kumpulan IS yang dianggotai secara asasnya oleh rakyat Indonesia berbahasa Melayu dan rakyat Malaysia yang terlibat dalam pertempura­n kejam bagi kumpulan ekstremis bagi sebuah kerajaan akuan sendiri di Syria dan Iraq.

Selain itu, 24 orang tercedera, termasuk beberapa rakyat asing.

“Seorang lagi mangsa yang koma mati semalam,” kata jurucakap polis Jakarta Muhammad Iqbal.

Beliau menyatakan namanya sebagai Rais Karna, 37, rakyat Indonesia yang bekerja di bank berhampira­n dan mati akibat kecederaan teruk ditembak di kepala.

Mangsa keempat, pada mulanya dikatakan salah seorang penyerang, telah dikenal pasti sebagai Sugito.

Sebelum itu pihak polis mengesahka­n seorang rakyat Kanada sebagai satu-satunya rakyat asing yang terbunuh.

Polis kelmarin menahan 12 orang dalam serbuan di sekitar Indonesia, termasuk seorang lelaki yang dipercayai menguruska­n pembiayaan bagi serangan di Jakarta, wang yang menurut pihak berkuasa berasal dari kumpulan Islamic State. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PILU: Lilin disusun membentuk ‘Masa depan 1.17’ semasa upacara peringatan ke-21 Gempa Bumi Besar Hanshin di sebuah taman awam di Kobe, daerah barat Hyogo semalam.
— Gambar AFP PILU: Lilin disusun membentuk ‘Masa depan 1.17’ semasa upacara peringatan ke-21 Gempa Bumi Besar Hanshin di sebuah taman awam di Kobe, daerah barat Hyogo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia