Utusan Borneo (Sarawak)

Ebola, lebih 100 dikuaranti­n

-

FREETOWN: Kerajaan Sierra Leone kelmarin menggesa orang ramai agar tidak panik ketika ia mengumumka­n lebih 100 orang telah dikuaranti­n ekoran kematian baharu akibat Ebola ketika negara tersebut seakan-akan sudah mengatasi wabak tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Jumaat lepas mengesahka­n seorang wanita berusia 22 tahun yang meninggal dunia selepas dia jatuh sakit dekat sempadan Guinea pada minggu lepas didapati positif bagi demam tropika itu.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Afrika barat meraikan penamatan wabak itu selepas Liberia menjadi negara terakhir daripada tiga buah negara paling teruk terjejas di rantau berkenaan yang diisytihar­kan bebas Ebola.

Sierra Leone diumumkan bebas Ebola pada November lalu dan Guinea pula pada Disember lepas.

Pegawai kesihatan di Freetown berkata mereka sudah menempatka­n seramai 109 orang yang telah mendekati pelajar terbabit sebelum kematianny­a dalam pengasinga­n.

Daripada jumlah tersebut, 28 dianggap “berisiko tinggi” dan tiga kenalan lain belum lagi dapat dikesan, kata Ishmael Tarawally, penyelaras kebangsaan di Pejabat Keselamata­n Negara, di satu sidang akhbar.

“Kami bimbang dan mengambil berat tentang perkembang­an baharu ini tetapi menyeru kepada orang ramai agar tidak panik dan lebih daripada selama ini, semua warga Sierra Leone mesti bekerja sama untuk mencegah jangkitan selanjutny­a,” katanya.

W a n i t a b e r k e n a a n meninggal dunia di bandar Magburaka di daerah utara Tonkolili tetapi Tarawally berkata “siasatan kes aktif” masih dijalankan di semua daerah yang diketahui telah dilawati mangsa baru-baru ini.

Daerah tersebut termasuk Kambia, Port Loko, Bombali dan Freetown.

“Sumber jangkitan dan laluan transmisi sedang disiasat dan kerajaan menggesa semua warga Sierra Leone agar terus berjaga-jaga,” tambah Tarawally.

Ketua pegawai perubatan negara Dr Brima Kargbo berkata sewaktu wanita itu tiba di Hospital Kerajaan Magburaka, dia “tidak menunjukka­n tanda atau simptom yang secocok dengan definisi kes Ebola”.

“Dia tidak ada demam atau kemerahan mata ketika dia diperiksa di wad pesakit luar. Apa yang dikesan adalah kepeningan. Kami seterusnya akan meneliti semula definisi kes Ebola,” tambahnya.

Wabak Ebola, yang bermula di Guinea pada Disember 2013, membunuh lebih 11,000 orang dan merupakan wabak virus itu yang paling padah setakat ini. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia