Utusan Borneo (Sarawak)

Kobe peringati 21 tahun gempa terburuk

-

TOKYO: Jepun semalam memperinga­ti ulang tahun ke-21 tragedi gempa bumi terburuk di bandar barat Kobe yang mengorbank­an lebih 6,400 nyawa, ketika keluarga yang berduka dilihat masih menyimpan kenangan bagi mangsa.

Dianggarka­n 9,000 orang telah berkumpul bagi satu peringatan tahunan pada awal pagi di sebuah taman awam di bandar pelabuhan, di mana satu gempa bumi sekuat 7.2 magnitud yang berlaku pada jam 5:46 pagi waktu tempatan pada 17 Januari, 1995.

Ia telah mengorbank­an seramai 6,434 orang dan meratakan sebahagian besar bandar, memaksa negara yang terdedah kepada gempa bumi untuk melakukan penaiktara­fan utama bagi persediaan bencana.

“Kesedihan tidak pernah terubat.

“Namun semua orang sedang melakukan sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan,” seorang wanita tua memberitah­u syarikat penyiaran negara NHK dalam acara peringatan awal pagi.

Para peserta mengadakan perhimpuna­n lilin dan bertafakur di taman, yang bertindak sebagai sebuah pusat pemindahan selepas gegaran 1995.

Sebanyak 59 acara sivik telah dirancangk­an pada tahun ini sempena ulang tahun, separuh dari ketika setahun lepas, ketika negara menyambut dua dekad sejak bencana tersebut, menurut Yomiuri Shimbun di dalam edisinya.

Kira-kira 40 peratus dari penduduk Kobe adalah sama ada dilahirkan selepas gempa bumi atau berpindah ke bandar pada tahun- tahun selepas bencana, menurut kepada akhbar jualan terlaris itu.

“Bagaimana kenangan pada hari tersebut boleh disampaika­n kepada generasi seterusnya?

“Itu adalah isu yang harus dihadapi oleh sebuah bandar yang pulih daripada bencana,” menurut pihak penerbitan Yomiuri.

NHK menyatakan sentimen: “Bandar ini menghadapi satu cabaran u n t u k m e n y e d i a k a n sokongan kepada mereka yang mengalami bencana ketika turut menyampaik­an kenangan dan pengajaran k e p a d a g e n e r a s i seterusnya.”

Gempa bumi 9.0 magnitud melanda kawasan utara negara pada Mac 2011, menyebabka­n tsunami besar di pantai timur laut yang membunuh 16,000 orang sementara k2,600 orang masih hilang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia