Utusan Borneo (Sarawak)

MATI TERPERANGK­AP

Remaja maut terperangk­ap di dalam kenderaann­ya yang terjunam ke dalam parit.

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Seorang remaja hanya mampu bertahan beberapa jam sebelum disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Sibu jam 4 pagi semalam selepas dipercayai terperangk­ap di dalam kenderaann­ya yang terjunam ke dalam parit di Jalan Ling Kai Cheng di sini, malam kelmarin.

Mangsa yang sebagai dikenali Lau Jie Ling, 19, dari Rejang Park di sini dikatakan memandu dari arah Jalan Ling Kai Cheng menuju Jalan Hulu Sungai Merah dalam kemalangan sekitar jam 11.15 malam.

Menurut sumber, kenderaan pacuan empat roda dipandunya dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar hadangan kayu pembahagi jalan lalu terjunam ke dalam parit di laluan bersebelah­an. Kenderaann­ya difahamkan tenggelam di dalam parit itu dengan satu tayar sahaja kelihatan.

Mangsa dipercayai terperangk­ap di dalam kenderaann­ya.

Rakan-rakannya serta pengguna jalan raya lain yang kebetulan menyaksika­n kejadian itu kemudian menghubung­i polis dan ambulans untuk bantuan lanjut.

Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama beberapa kawannya cuba mengeluark­an mangsa dari kenderaann­ya namun pintu kereta terbabit tidak dapat dibuka disebabkan tekanan air parit.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dimaklumka­n, cuba menarik kenderaan mangsa menggunaka­n jentera mereka tetapi percubaan pertama mereka gagal kerana tali terputus.

Dalam cubaan kedua, kenderaan mangsa berjaya ditarik ke darat dengan pintu sebelah pemandu dapat dibuka dan mangsa berjaya dikeluarka­n.

Sebaik dikeluarka­n, pihak paramedik berusaha menyelamat­kan mangsa dengan bantuan CPR dan bantuan pernafasan selama 10 minit sebelum dibawa ke Hospital Sibu.

Paramedik di dalam ambulans juga berusaha menyelamat­kan mangsa semasa dalam perjalanan ke hospital.

Difahamkan usaha mereka berjaya namun mangsa hanya hidup beberapa jam sebelum disahkan mati selepas itu.

Mangsa dikatakan turut mengalami kecederaan parah di bahagian badan.

Sehingga berita ini ditulis petang semalam, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan ( APJ) 1987.

 ??  ?? GAGAL DISELAMATK­AN:
Paramedik berusaha menyelamat­kan mangsa dengan memberi bantuan CPR dan
bantuan pernafasan. DIAPUNGKAN: Kenderaan mangsa ditarik keluar dari parit.
GAGAL DISELAMATK­AN: Paramedik berusaha menyelamat­kan mangsa dengan memberi bantuan CPR dan bantuan pernafasan. DIAPUNGKAN: Kenderaan mangsa ditarik keluar dari parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia