Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA INDONESIA TELAN LAPAN BUKU PASPORT

-

SERIAN: Bimbang tidak dapat menyambung permit bekerja di negara ini, seorang warga Indonesia sanggup menelan lapan buku pasport negaranya.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Chung Aik Peng berkata ia berikutan penahanan empat lelaki warga asing dalam satu operasi sekatan jalan raya di Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tebedu, Jumaat lalu.

Bagaimanap­un, beliau tidak dapat menjelaska­n motif sebenar lelaki itu menelan pasport berkenaan.

“Dia antara empat warga Indonesia yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya yang dikatakan dalam keadaan mencurigak­an.

“Malah mereka menggunaka­n kenderaan bernombor pendaftara­n tempatan ketika melalui kawasan tersebut,” katanya.

Chung mendedahka­n perkara itu ketika dihubungi Utusan Borneo sambil mengesahka­n tangkapan itu semalam.

Kesemua lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk tindakan lanjut.

Menurut Chung, hasil pemeriksaa­n saringan air kencing, tiga daripada mereka didapati positif dadah.

“Tiga daripada empat lelaki yang kami tahan didapati positif dadah manakala seorang lagi negatif,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Chung turut menjelaska­n bahawa kereta yang digunakan itu bukan kenderaan curi seperti yang dilaporkan dalam media sosial.

Chung mengesahka­n kesemua lelaki yang ditahan ini tiada kaitan dengan dua kes rompakan bersenjata yang dilaporkan di Bau semalam.

Dalam laporan kes itu, suspek utama dipercayai didalangi empat warga asing yang melakukan rompakan bersenjata di dua rumah berasingan.

Bagaimanap­un, beliau berkata pihaknya akan melakukan siasatan lanjut berhubung kaitan kesemua lelaki itu dengan kes lain.

Setakat berita ini ditulis, kesemua lelaki itu masih ditahan di lokap IPD Serian untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia