Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes rompak bersenjata ditangkap

Lelaki, 39, dari Siburan dicekup di sebuah klinik swasta pada hari kejadian Ahad lalu

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Polis berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun berkumpula­n dan bersenjata pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai memberitah­u lelaki berusia 39 tahun dari Siburan itu ditangkap di se- buah klinik swasta pada hari yang sama.

“Suspek mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman tujuh hari iaitu sehingga 13 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Abang Ahmad berkata, polis masih berusaha mengesan dua lagi penjenayah serta kenderaan digunakan dalam kes tersebut.

Dalam insiden jam 9 pagi di sebuah kediaman teres dua tingkat di Jalan Ellis, di sini Ahad lalu tiga anak beranak dikejutkan dengan kehadiran dua suspek cuba merompak.

Bagaimanap­un, apabila pemilik rumah enggan menyerahka­n barangan berharga suspek dikatakan berang lalu bertindak agresif sehingga berlaku perge- lutan antara mereka.

Salah seorang suspek mengalami kecederaan serius di bahagian tangan manakala tiga sekeluarga tersebut cedera ringan.

Ketiga-tiga suspek bersenjata­kan parang dan sebatang besi kuku kambing melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kereta Proton Persona.

Siasatan masih diteruskan.

Suspek mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman tujuh hari iaitu sehingga 13 Jun ini bagi membantu siasatan. ACP Abang Ahmad Abang Julai Ketua Polis Daerah Kuching

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia