Utusan Borneo (Sarawak)

Penganut Kristian tidak perlu gusar, kerajaan negeri tetap bantah hudud

-

MIRI: Penganut agama Kristian di negeri ini tidak perlu gusar kerana kerajaan negeri tetap dengan keputusan membantah pelaksanaa­n hukum hudud.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata rakyat khususnya tinggal di pedalaman seperti Baram tidak mudah terkeliru dengan maklumat kurang sahih terutama disebarkan melalui media sosial.

“Pendirian tidak menerima hukum hudud ini sudahpun ditegaskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem selaku Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PBB kelmarin,” katanya.

Menurutnya, rakyat harus yakin Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Adenan tetap berpegang dengan janji tidak melaksanak­an hukum hudud.

Dalam pada itu, beliau mewakili Sidang Injil Borneo ( SIB) Sarawak berterima kasih terhadap pendirian Ketua Menteri membantah pelaksanaa­n hudud.

“Kita berterima kasih kerana beliau mengambil kira kepentinga­n rakyat berbilang kaum dan agama. Ini jelas menzahirka­n beliau seorang pemimpin saksama terhadap semua kaum tanpa mengira latar belakang agama,” kata Dennis. SIBU: Bekalan kelapa parut dan santan dijangka mencukupi sepanjang bulan Ramadan ini.

Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) Sibu Kasim Mana berkata menyedari kepentinga­n komoditi itu semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pihaknya menjalanka­n pemantauan berterusan terhadap bekalan tersebut.

“Kita mendapati tidak ada sebarang perubahan terhadap harga kelapa berkenaan pada hari-hari biasa,” katanya di sini semalam.

Kasim memberitah­u, pegawai-pegawainya giat menjalanka­n pemeriksaa­n Bazar Ramadan di tujuh lokasi di sini.

“Kami sentiasa mengingatk­an peniaga meletakkan tanda harga untuk barang makanan dan minuman yang dijual,” katanya.

Tambahnya, walaupun KPDNKK memberi peringatan lisan semasa pemantauan dilakukan peniaga dinasihat supaya tidak mengambil kesempatan dengan tidak mematuhi arahan.

Tinjauan Utusan Borneo di beberapa kedai menjual kelapa di sini semalam mendapati peniaga kelapa parut mula menempah bekalan kelapa untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri.

Rata-rata peniaga mengatakan jualan kelapa terutama kelapa parut meningkat menjelang bulan puasa lebih-lebih lagi sehari sebelum Hari Raya Puasa nanti.

Seorang peniaga kelapa dan kelapa parut, Norani Kerim, 50, berkata hampir setiap tahun beliau terpaksa menempah lebih 5,000 biji kelapa untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri.

“Jika hari biasa dalam masa seminggu kira-kira 200 hingga 400 biji kelapa habis dijual di mana lebih 1,000 biji kelapa untuk sebulan.

“Namun, pada bulan puasa saya menempah sebanyak 3,000 biji dan meningkat ke- pada lebih 5,000 biji,” katanya ditemui di Kampung Datu Lama di sini.

Norani mengusahak­an perniagaan kelapa parut selama lebih 15 tahun dan beliau menjual RM2 sebiji kelapa dan RM4.80 untuk sekilo kelapa parut, manakala RM6 sekilo kelapa parut putih.

Ditanya mengenai masalah bekalan kelapa, Norani berkata setakat ini belum ada sebarang masalah dan bekalan kelapa yang ditempahny­a dari Kabong dan Samarahan masih dihantar seperti biasa.

Bagi seorang peniaga san- tan dan kelapa di Kampung Nangka di sini, Majidi Omar, 58, berkata masih terlalu awal mengatakan bekalan kelapa mencukupi untuk sambutan Aidilfitri.

Katanya, bekalan yang mencukupi kebiasaann­ya hanya dapat diketahui semasa pertengaha­n bulan puasa kerana masa itu peniaga mula membuat tempahan dalam kuantiti besar.

“Buat masa ini, bagi saya bekalan adalah mencukupi dan kita berharap apabila menjelang Hari Raya nanti tiada masalah kekurangan bekalan,” katanya yang berniaga menjual kelapa parut dan santan sejak 2008.

Di samping itu, Majidi turut menjual kerisek, minyak kelapa, pisang, gula apong dan lemang yang sentiasa mendapat permintaan menjelang Hari Raya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga kelapa di Kampung Hilir di sini lebih dikenali Man Pisang, berkata beliau berharap tiada masalah bekalan kelapa kerana sekiranya berlaku harga kelapa mungkin akan naik.

“Kerana jika bekalan kelapa bermasalah bukan menyusahka­n pelanggan sahaja, malah kami turut susah,” katanya merupakan peniaga pisang.

 ??  ?? ADA KELAPA: Selain menjual kelapa parut, Man juga menjual air tebu pada bulan puasa ini.
ADA KELAPA: Selain menjual kelapa parut, Man juga menjual air tebu pada bulan puasa ini.
 ??  ?? BEKALAN PUASA: Longgokan buah kelapa ditempah oleh Majidi untuk bekalan bulan puasa.
BEKALAN PUASA: Longgokan buah kelapa ditempah oleh Majidi untuk bekalan bulan puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia