Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama bangun sumber manusia

Tiada organisasi dapat berperanan tanpa sokongan pihak organisasi lain

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh mahu lebih banyak sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), individu dan agensi kerajaan bekerjasam­a membangunk­an sumber manusia yang cenderung dalam bidang keusahawan­an.

Beliau percaya tidak ada organisasi boleh beroperasi dan memainkan peranan tanpa sokongan pihak organisasi berlainan.

“Penting kerjasama erat selain mengatur strategi pembanguna­n untuk mengambil langkah terbaik menjalanka­nnya kerana tidak ada organisasi boleh menjalanka­n fungsinya dengan sendiri.

“Lebih baik apabila sektor ini turut menyumbang pembanguna­n sumber manusia teras perniagaan dijalankan dengan baik dan memberi peluang pembanguna­n bidang yang berpotensi,” katanya ketika menghadiri Perjanjian Persefaham­an ( MoU) di antara iCube Innovation Sdn Bhd dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Beliau memuji usaha sektor swasta seperti iCube Innovation Sdn Bhd membolehka­n agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu bersama membangunk­an usaha inovasi dan kreatif agar dapat berkongsi dan bertukar idea bagi keperluan sumber manusia Sarawak.

Setakat ini, iCube Innovation Sdn Bhd memulakan kerjasama erat dengan pihak seperti Tabung Ekonomi Gagasan Anak (Bumiputera) Sarawak (TEGAS), Malaysian Innovation and Creativity Centre ( MaGIC), FAME Internatio­nal College, Technology College Sarawak (TCS), Ouryouth. my, Persatuan Kanser KanakKanak Sarawak (SCCS) dan Persatuan Keusahawan­an Sarawak (SEA).

Pihak iCube Innovation

Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Alam Sekitar

Sdn Bhd telah dianugerah­kan MSC Incubator Status oleh MDeC.

Keseluruha­n ruang kerja iCube Innovation Sdn Bhd menempatka­n 33 usahawan kecil dan sederhana (SMEs) turut memberi ruang bagi perniagaan berteknolo­gi pendidikan, pereka laman web, IT Solutions, telekomuni­kasi dan sebagainya.

Pengasas dan Pengerusi iCube Innovation Sdn Bhd, Datu Patrick Liew menandatan­gani MoU dengan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi disaksikan oleh Len di sini semalam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainy­a boleh melayari www.icubeinnov­ation.my.

 ??  ?? TERMETERAI: Patrick (tiga kiri) bertukar dokumen pada MoU dengan UNIMAS diwakili oleh Mohamad Kadim (lima kiri). Turut disaksikan Len (empat kiri) di Kuching, semalam.
TERMETERAI: Patrick (tiga kiri) bertukar dokumen pada MoU dengan UNIMAS diwakili oleh Mohamad Kadim (lima kiri). Turut disaksikan Len (empat kiri) di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia