Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan memberi peluang masyarakat menjana pendapatan

-

KABONG: Kewujudan Bazar Ramadan memberi peluang kepada masyarakat menjana pendapatan selain sebagai landasan merapatkan hubungan kalangan rakyat.

Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Alkap yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir ketika merasmikan Pasar Nur Ramadan Kabong berkata ketika menunaikan ibadah berpuasa masyarakat juga bergiat aktif dalam menjana pendapatan melalui aktiviti peniagaan.

Beliau mengingatk­an kepada peniaga agar bertanggun­gjawab menjaga kebersihan persekitar­an di Bazar Ramadan.

“Peniaga harus memastikan kualiti serta mutu bahan makanan dan minuman dijual di Bazar Ramadan terpelihar­a dan jaga dari segala aspek kebersihan.

“Kebersihan dan kualiti makanan amat penting bagi menarik lebih ramai pengunjung. Saya yakin melalui pendekatan itu dapat meyakinkan pelanggan datang berbelanja,” katanya.

Menurut Kamaludin, Bazar Ramadan dikunjungi oleh masyarakat pelbagai kaum sekali gus melambangk­an perpaduan erat kalangan masyarakat.

“Saya menggesa peniaga agar memanfaatk­an bazar ini sebagai landasan menambah pendapatan,” katanya.

Sempena pelancaran Pasar Nur Ramadan Kabong dilangsung­kan majlis penyerahan surat tawaran pembinaan bantuan rumah untuk penduduk miskin, bantuan tong 1Malaysia dan sijil penghargaa­n untuk bekas ketuaketua kaum dan masyarakat di sini.

 ??  ?? PEMENANG: Qari dan qariah bersama Stephen (lapan kiri) pada Majlis Tilawah Al-Quaran Peringkat 1 Divisyen di Sibu.
PEMENANG: Qari dan qariah bersama Stephen (lapan kiri) pada Majlis Tilawah Al-Quaran Peringkat 1 Divisyen di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia