Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga beradik didenda RM2,800 kerana ancam bunuh wanita

-

KUALA LUMPUR: Tiga beradik didenda RM2,800 atau dua tahun penjara tiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mengancam membunuh bekas isteri seorang daripada mereka.

Pemandu teksi James Robert Sinappan, 37, bekas suami wanita itu, bersamasam­a adiknya, William, 34, dan Jesusalex, 26, mengaku bersalah mengancam untuk membunuh tukang cuci, Vikneswari Mahalingam, 37, dan keluargany­a.

Mereka mengaku melakukan kesalahan itu pada kirakira tengah hari 2 Sept 2014 di hadapan stor Alam Flora Sdn Bhd di No: 15, Lorong Tiaong Nam 3, Chow Kit, Dang Wangi di sini.

Tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman hingga dua tahun penjara atau denda atau keduaduany­a.

Mengikut seksyen sama, sekiranya ancaman itu menyebabka­n kematian, pesalah boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Amy Zainul Anwar, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Ananthan Vijayakuma­r.

Terdahulu, Vijayakuma­r memohon mahkamah meringanka­n hukuman terhadap anak guamnya memandangk­an tiga beradik itu memperoleh gaji bulanan tidak lebih RM1,800 seorang.

Peguam itu berkata tertuduh menyesali perbuatan mereka dan ingin menyelesai­kan kes itu secara keluarga.

Menurut fakta kes, James menuntut Vikneswari membayarny­a RM7,000 sebagai kos menjaga dua anak mereka. — Bernama GEORGE TOWN: Polis membongkar sebuah makmal dadah dan menahan empat sekeluarga dan seorang pembantu rumah dalam serbuan di Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini semalam.

Bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menahan pasangan suami isteri bersama dua anak mereka, termasuk seorang bayi dan pembantu rumah itu dalam serbuan di kondominiu­m mewah, di Sungai Ara, dekat sini pada jam 8 pagi.

Sumber berkata polis turut merampas sejumlah dadah jenis ketamin dan beberapa peralatan memproses dadah.

“Polis masih menyiasat tempoh aktif makmal dadah tersebut dan juga pasarannya sama ada untuk pasaran dalaman ataupun pasaran luar,” menurut sumber itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia