Utusan Borneo (Sarawak)

RM3 juta diperlukan menaik taraf infrastruk­tur di terowong Komunis

-

BALING: Kira- kira RM3 juta diperlukan untuk menaik taraf kemudahan infrastruk­tur di kawasan terowong Komunis di sini, iaitu tinggalan sejarah pada zaman darurat dahulu yang kini menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Pegawai Daerah Baling, Datuk Dzohir Md Zain berkata kerja naik taraf itu juga bagi perancanga­n membuka tapak muzium dan galeri Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) yang akan menempatka­n barang dan koleksi tinggalan ketika zaman darurat dahulu termasuk daripada Parti Komunis Malaya (PKM).

“Di Malaysia kita hanya ada satu sahaja terowong Komunis, mengambil contoh seperti Thailand dan Vietnam seterusnya kita akan komersialk­an ia sebagai produk pelanconga­n yang terbaharu,” katanya kepada Bernama.

Menurut Dzohir, pihaknya juga merancang membangunk­an kawasan yang berhampira­n yang menempatka­n beberapa haiwan seperti gajah dan kuda untuk dijadikan tarikan kepada pelancong yang mahu bergambar bersama haiwan itu.

Terowong berkenaan merupakan bilik gerakan komunis yang terbesar yang dianggarka­n sepanjang 150 hingga 200 meter dan terletak kira-kira dua kilometer dari sempadan Thailand di Baling.

Jelas beliau, pembanguna­n kemudahan di kawasan itu juga akan mewujudkan pelbagai punca sampingan kepada penduduk tempatan, antaranya pemilik kenderaan pacuan empat roda. Ini kerana, laluan untuk ke kawasan berkenaan yang menyukarka­n kenderaan biasa untuk masuk kerana agak sempit dan tidak berturap.

“Pihak kami juga akan bekerjasam­a dengan ahli kenderaan 4X4 kerana mereka amat diperlukan untuk memasuki laluan ke Terowong Komunis dan mungkin akan memberikan mereka punca pendapatan baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia