Utusan Borneo (Sarawak)

Single Terakhir Sufian Suhaimi terus curi tumpuan

-

LULUSAN Ijazah Pendidikan dari Universiti Sultan Zainal Abidin(KusZa), Sufian Suhaimi, 24, tidak menjangka lagu ‘Terakhir’ nyanyianny­a menjadi viral di Youtube dalam waktu yang singkat.

Lagu tersebut turut dirakam semula dan dimuaturun sebagai ‘cover’ oleh beberapa individu lain.

Seorang individu bergelar Kipidap, telah memuatnaik lagu ‘Terakhir’ nyanyian Sufian beserta lirik dan telah mendapat sehingga 1.3 juta tontonan dalam masa enam bulan.

“Ia ajaib pada saya tapi setelah difikirkan saya yakin kerana melodi dan lirik lagu ciptaan rakan seuniversi­ti saya itu memang baik,” kata Sufian.

Seorang guru Bahasa Inggeris dan Matematik di SMK Mersing, Johor, Sufian kini di tahun pertama peringkat Master jurusan Komunikasi Massa, di Uitm, Shah Alam

Menandatan­gani kontrak rakaman bersama Aries Music Production pada Disember 2015, Sufian memulakan rakaman suara di Studio Nar, Ttdi pada Februari lalu.

Lagu disusun muziknya oleh Eddie Marzuki manakala proses rakaman vokal pula di bawah seliaan Bob AF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia