Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga ADUN bertanding di kerusi SPDP boleh sertai mana-mana parti

-

KUCHING: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertanding di kerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak ( SPDP) sebagai calon langsung Barisan Nasional ( BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu boleh menyertai mana-mana parti mereka inginkan.

Bagaimanap­un, kerusikeru­si berkenaan masih kekal milik SPDP dan tidak boleh diberikan kepada parti politik yang mereka sertai nanti.

Perkara itu ditegaskan Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing ketika ditanya pendirian parti itu mengenai arahan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem agar sembilan ADUN tanpa parti kembali ke konstituen­si masing-masing meminta pandangan akar umbi penyertaan mereka dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Jika tiga kerusi kita (Pakan, Bekenu dan Batu Danau) diambil daripada kita maka semangat perkongsia­n kuasa BN mati dan boleh menyebabka­n berakhirya BN,” katanya semasa dihubungi ketika mengadakan kunjungan Gawai Dayak di sebuah rumah panjang di Tubau, Bintulu.

Ahli Parlimen Bintulu itu berkata SPDP seharusnya diberi dua daripada tiga kerusi ditandingi calon langsung BN kerana sepatutnya diperuntuk­an kepada parti itu pada PRN lalu.

“Kami tidak mahu mengkhusus kerusi mana tetapi dua daripada tiga kerusi itu ialah Serumbu, Bukit Semuja dan Mulu yang memperliha­t calon langsung BN bertanding seharusnya diberikan kepada SPDP,” katanya.

Serumbu dimenangi Miro Simoh, Bukit Semuja dimenangi John Ilus manakala Datuk Gerawat Gala memenangi kerusi Mulu dan semua mereka sebelum ini merupakan ahli-ahli PBB, bertanding sebagai calon langsung BN.

Sementara itu, Setiausaha Agung SPDP, Anthony No- geh Gumbek berkata pintu parti itu sentiasa terbuka kepada mereka merupakan bekas ahli parti tersebut.

“Pintu kami sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu menyertai kita termasuk bekas ahli-ahli parti kini menjadi ADUN,” katanya.

Mengenai cadangan penggabung­an SPDP dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP), Nogeh berkata, rundingan masih berjalan kerana beberapa isu perlu diselesaik­an kerana ia isu yang rumit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia