Utusan Borneo (Sarawak)

TEKAN KUALITI, KEBERSIHAN

Pengendali­an berkualiti, makanan bersih akan tarik pengunjung ke bazar Ramadan.

-

KUCHING: Peniaga bazar Ramadan perlu memberi penekanan kepada pengendali­an makanan yang berkualiti dan kebersihan, kata isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

Menurut beliau, kebersihan adalah sangat penting kerana ia adalah salah satu faktor untuk menarik pelanggan untuk melawat gerai masing-masing.

“Kebersihan diri mesti ditekankan. Selain kebersihan, peniaga perlu memastikan tahap kualiti juga terjaga,” katanya ketika merasmikan Bazar Ramadan MBKS 2016 diadakan di Pasar Stutong di sini, semalam.

Beliau menambah, jika makanan yang dijual adalah tidak bersih maka pelanggan akan merasa waswas untuk membeli produk tersebut pada masa akan datang.

“Ini adalah sangat penting, ketika kita sedang mencari nafkah kita perlu memastikan bahawa makanan yang dijual adalah kebersihan dan berkualiti,” tegasnya.

Jamilah berkata, bazar adalah salah satu platform untuk usahawan tempatan mempromosi­kan produk mereka dengan memperoleh pendapatan tambahan.

Beliau juga memuji Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) atas penganjura­n tersebut dan berharap majlis itu akan terus meningkatk­an kemudahan pada tahun-tahun akan datang.

“Banyak penambahba­ikan telah dibuat untuk memberi keselesaan kepada peniaga dan pelanggan.

“Setiap tahun kita dapat menyaksika­n semua bazar penuh dengan pengunjung untuk menikmati juadah yang disediakan bukan sahaja untuk orang Islam malah untuk orang bukan Islam daripada semua lapisan masyarakat, “katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bazar Ramadan MBKS 2016 Kr Mohamad Taufik Abdul Ghani berkata, tahun ini MBKS menyediaka­n ruangan berniaga yang lebih kondusif untuk beroperasi, sekali gus berjaya menarik 177 peniaga.

“Majlis telah memasang khemah yang lebih besar sebagai sebahagian daripada kemudahan baharu untuk memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung,” katanya sambil menambah walaupun kekangan ruang, majlis itu berjaya menambah baik untuk memenuhi keperluan kedua-dua peniaga dan pengunjung.

Oleh itu, Bazar Ramadan MBKS kekal dengan kadar sewa yang paling rendah di bandar dengan hanya RM200 sebulan.

Beliau juga mengingatk­an peniaga-peniaga untuk menjaga kebersihan dan dengan bazar yang sihat ini akan menjadi satu nilai tambah bagi perniagaan, yang akan menarik lebih ramai pelanggan.

Turut hadir, Pengerusi MBKS Datuk James Chan.

 ??  ??
 ??  ?? UTAMA KEBERSIHAN: Jamilah memakaikan apron kepada seorang peniaga di Bazar Ramadan MBKS semalam.
UTAMA KEBERSIHAN: Jamilah memakaikan apron kepada seorang peniaga di Bazar Ramadan MBKS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia