Utusan Borneo (Sarawak)

Jamilah ketuai penerima darjah kebesaran negeri

Isteri KM terima gelaran Datuk Amar, Dr Rundi ketuai penerima Dato Sri dan Nancy dikurnia Datuk

-

MIRI: Isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu mengetuai senarai 43 penerima Pingat Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang disampaika­n oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena Hari Jadi Ke-80 di sini, semalam.

Jamilah menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Manakala Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mengetuai penerima Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak ( PNBS) bersama Tan Sri Dato Sri Ambrin Bujang dan Tan Sri Dato Sri Bustari Yusuf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Nancy Shukri dianugerah Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, tiga orang menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu iaitu Datu Dr Sabariah Putit, Datu Ubaidillah Abdul Latip dan Datu Ganie Ugay.

Seterusnya, Datin Amar Dato Juma’ani Tun Tuanku Hj Bujang mengetuai tujuh orang penerima Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato.

Isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Datin Amar Doreen Mayang @ Doreen Lee Mei Hua pula dianugerah­kan Pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK) bersama isteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing Puan Sri Datin Amar Corrine Masing dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Wan Khalik Wan Muhammad.

Seorang menerima Darjah Johan Bintang Sarawak manakala bagi Darjah dan Anugerah yang lain seperti Pingat Perkhidmat­an Cemerlang (PPC), Pingat Bintang Sarawak (PBS) Pegawai Bintang Sarawak (PBS), Pingat Pegawai Bintang Kenyalang (PBK), Pingat Perkhidmat­an Bakti (PBK), Ahli Bintang Sarawak (ABS), Ahli Bintang Kenyalang ( ABK), Pingat Perkhidmat­an Terpuji (PPT) dan Bentara Bintang Sarawak ( BBS) dianugerah­kan kepada tiga penerima setiap kategori.

Turut hadir sama pada istiadat pengurniaa­n tersebut isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

 ?? — Gambar Penerangan ?? PENGHARGAA­N: Tun Taib mengurniak­an Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang kepada Nancy.
— Gambar Penerangan PENGHARGAA­N: Tun Taib mengurniak­an Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang kepada Nancy.
 ?? — Gambar Penerangan ?? PENGHORMAT­AN: Tun Taib menyematka­n Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang kepada Jamilah.
— Gambar Penerangan PENGHORMAT­AN: Tun Taib menyematka­n Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang kepada Jamilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia