Utusan Borneo (Sarawak)

KANSER KANAK-KANAK ANTARA 10 PENYAKIT PEMBUNUH DI M’SIA

- Oleh Agnes Tugong

KANSER kanak-kanak disenaraik­an sebagai sepuluh daripada penyakit pembunuh di Malaysia dengan seratus daripada sejuta kanak-kanak di bawah umur 15 tahun didiagnosi­s dengan kanser.

Perunding pakar pediatrik, Dr Ong Eng Joe berkata, di Sarawak sahaja 60 hingga 70 kes baharu kanser didiagnosi­s setahun dengan 30 hingga 40 peratus penghidap kanser darah atau leukemia.

“Kanser darah atau leukemia merupakan kanser paling tinggi menyerang kanak-kanak iaitu 40 peratus diikuti kanser otak (20 peratus) dan kanser kelenjar limpa (10 peratus).

“Lain-lain kanser yang sinonim dengan kanakkanak termasuk kanser saraf (8 peratus), ‘soft tissue sarcoma’ dan buah pinggang masing-masing 7 peratus, lain-lain kanser 5 peratus dan kanser mata terendah 3 peratus.

“Jenis-jenis kanser ini boleh dikenal pasti menerusi ujian darah, ujian sumsum tulang dan biopsi tisu berpunca daripada beberapa faktor yang mana biasanya faktor genetik dan juga persekitar­an,” katanya.

Tambah Dr Ong, terdapat rawatan penyembuha­n berpotensi bagi penghidap kanser terutama kanak-kanak leukemia yang mana harus diketahui oleh ibu bapa dan masyarakat umum amnya.

Ini sekali gus menolak tanggapan ramai pihak yang menganggap bahawa penyakit kanser tidak dapat diubati dan penghidapn­ya berdepan dengan maut.

“Jadi saranan saya ialah ibu bapa perlu mendapatka­n rawatan pemulihan ini seawal yang mungkin kerana peluang untuk sembuh adalah tinggi,” katanya.

Bagaimanap­un menurut Dr Ong, kadar survival setiap pesakit berbeza antara satu sama lain bergantung dengan jenis kanser yang dihidapi serta kaedah rawatan yang diambil.

Antara jenis rawatan yang digunakan terhadap pesakit kanakkanak ketika ini adalah pemberian ubat, suntikan, pembedahan, radioterap­i dan terapi sasaran kanser.

Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak Negeri Sarawak (SCCS), Dr Charles Leh berkata tahun lepas, sebanyak 61 kes baharu kanser kanak-kanak direkodkan di negeri ini.

“Walaupun punca kebanyakan kanser kanak-kanak tidak diketahui, kami berharap menerusi pendidikan mengenai simptom dan tanda-tanda kanser kanakkanak, kes-kes seperti ini dapat didiagnosi­s awal untuk peluang rawatan berjaya yang lebih baik.

“Pada masa ini, kecanggiha­n dalam rawatan perubatan dan teknologi telah mendorong kepada kadar survival yang tinggi bagi kanakkanak yang menderita kanser,” katanya.

Setiap bulan pesakit kanser kanak-kanak menggunaka­n kira-kira 60 pain produk darah di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Selain mempelajar­i mengenai kanser, kami di SCCS juga mahu berkongsi dengan masyarakat umum perkhidmat­an yang disediakan di SCCS bagi membantu keluarga pesakit kanser kanak-kanak.

“Sejak penubuhan SCCS pada 2001, lebih daripada 900 keluarga dari seluruh Sarawak telah dibantu oleh pertubuhan.

“Kami bertuah kerana menerima sokongan hebat daripada masyarakat umum dan syarikat korporat selama bertahunta­hun dan kami berharap bahawa lebih ramai akan mengenali kami dan apa yang kami lakukan di SCCS,” katanya. Jenis Kanser Kanak-Kanak: 1. Leukemia Kanser darah terjadi apabila sum-sum tulang (yang merupakan kilang pengeluara­n sel dalam badan) mula mengeluark­an banyak sel darah putih yang tidak normal dan tidak berfungsi yang dipanggil sel leukemia atau blast.

Sel-sel leukemia ini mencegah sel-sel darah lain dalam sum-sum tulang dari terbentuk. Ini menyebabka­n kanak-kanak yang menghidap leukemia menjadi pucat, senang berdarah dan lebih mudah mendapat jangkitan. 2. Kanser Otak Kanser otak terdiri daripada sekumpulan sel yang bertumbuh secara tidak terkawal dan berkembang menjadi ketulan dalam otak. 3. Kanser Otot Boleh berasal dari mana-mana tisu otot dari kepala ke kaki sebagai benjolan yang membesar dengan cepat. 4. Kanser Germ Cell Berasal dari sel benih/sel yang belum matang. Boleh terjadi di otak, pangkal tulang belakang, dada, perut, buah zakar dan ovari.

5. Kanser Buah Pinggang

Berasal dari buah pinggang. Kadang-kadang berkaitan dengan sistem kencing dan reproduksi yang tidak normal. 6. Kanser Hati Berasal daripada sel hati. Untuk budak remaja kadangkala boleh ada kaitan dengan jangkitan hati semasa muda. Contoh, jangkitan hepatitis B. 7. Kanser Limpa Sel dalam sistem limfatik bertumbuh dengan tidak terkawal. Sistem limfatik terdiri daripada nodus limfa, thymus, limpa, tonsil. 8. Kanser Tulang Kanser yang bermula pada tulang terutama tulang panjang. Melibatkan bahagian hujung tulang seperti atas dan bawah lutut dan lengan atas berdekatan bahu. Ia terbentuk daripada sel yang membentuk tulang. Biasanya dialami oleh kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. 9. Kanser Mata Barah yang berlaku di dalam retina – lapisan yang sensitif kepada cahaya di dalam biji bola mata. Pengesanan awal dapat menyelamat­kan mata. Ia mungkin disebabkan oleh sejenis gen yang dikenali gen RB1. Adik-beradik pesakit mesti menjalani ujian saringan mata untuk penyakit retinoblas­toma. 10. Kanser Saraf Kanser yang berasal dari adrenal/saraf simpatetik bersebelah­an tulang belakang. Kebanyakan dikesan semasa berumur kurang lima tahun. Gejala • Pucat • Demam • Lebam • Pendarahan • Sakit-sakit pada tulang • Benjolan/bengkak terutama tanpa rasa sakit atau tanda-tanda jangkitan

• Hilang berat badan dan selera

• Batuk berpanjang­an dan sesak nafas

• Berpeluh waktu malam dan demam

• Perut kembung, bengkak

• Perubahan pada mata – keputihan anak mata • Mata juling • Hilang penglihata­n • Lebam atau bengkak sekitar mata

• Sakit kepala, loya dan muntah-muntah terutamann­ya waktu pagi

• Sakit pada anggota badan dan tulang, bengkak berpanjang­an atau tanpa punca ketara

Kadar ‘survival’ dalam 5 tahun • Leukemia 80 • Hodgkin lymphoma 97 • Non-hodgkin lymphoma 85 • Ependymoma 81 • Astrocytom­a 85 • Medullobla­stoma 70 • Kanser Saraf 79 • Kanser Mata 99 • Wilms Tumor 90 • Heptic Tumors 74 • Psteosarco­ma 71 • Ewing Sarcoma 72 • Rhabdomyos­arcoma 64 • Germ Cell Tumors 96 Rawatan Kanser 1. Kemoterapi Kemoterapi adalah ubatan (sistosik) yang kuat yang perlu digunakan untuk membendung pertumbuha­n sel kanser dan seterusnya membunuh sel kanser. Kemoterapi boleh diberikan melalui: • Ubat pil • Aliran intravena-ubat diberi dengan suntikan melalui salur darah dan aliran intravena

• Suntikan ‘Intramuscu­lar (IM)’-suntikan ke otot

• Suntikan subkutaneu­ssuntikan di bawah kulit

• Suntikan ‘intratheca­l’suntikan terus kepada cecair spinal 2. Pembedahan Kebanyakan ketumbuhan memerlukan pembedahan. Ketumbuhan dan tisu di sekeliling ketumbuhan bersama dengan nod limfa berdekatan akan dibuang. 3. Rawatan radiasi Rawatan radiasi menggunaka­n sinaran bertenaga tinggi untuk membunuh sel kanser.

 ??  ??
 ??  ?? USAHA MURNI: Program ‘Green Ribbon Week’ dianjurkan oleh SCCS dalam usaha membantu pesakit kanak-kanak melawan penyakit kanser.
USAHA MURNI: Program ‘Green Ribbon Week’ dianjurkan oleh SCCS dalam usaha membantu pesakit kanak-kanak melawan penyakit kanser.
 ??  ?? INFO BERGUNA: Dr Ong menerangka­n info ringkas mengenai penyakit kanser kanak-kanak.
INFO BERGUNA: Dr Ong menerangka­n info ringkas mengenai penyakit kanser kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia