Utusan Borneo (Sarawak)

BUAYA JANTAN DIJERAT

-

KOTA SAMARAHAN: Seekor buaya jantan seberat 500 kilogram berjaya ditangkap dalam operasi memburu dan bunuh reptilia ganas itu di Sungai Samarahan, di sini.

Operasi itu dilaksanak­an pada pagi Isnin lepas oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC).

Menurut jurucakap SFC, tangkapan itu merupakan yang kedua dibuat dalam tempoh tiga hari di Sungai Samarahan selepas operasi buru dan bunuh buaya dijalankan pada Sabtu lepas.

“Tangkapan terkini ialah buaya jantan berukuran 4.1 meter panjang dengan berat kira-kira 500 kilogram.

“Buaya itu dijerat pada jarak hanya 200 meter dari jeti Kampung Pinang,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Reptilia berkenaan turut dibelah dan isi kandungan perut diambil bagi tujuan pemeriksaa­n.

Beberapa rambut dan tulang turut ditemui dan akan dihantar untuk menjalani pemeriksaa­n forensik bagi menentukan asal usulnya.

“SWAT akan terus memantau sekitar Sungai Samarahan, namun kita akan memindahka­n operasi buru dan bunuh ke kawasan lain buat masa ini,” katanya lagi.

SFC turut merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam dua operasi dijalankan di Sungai Samarahan.

Penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Samarahan turut diingatkan agar lebih berwaspada ketika menggunaka­n sungai berkenaan.

Pada Sabtu lepas, buaya jantan bersaiz besar sepanjang 4.4 meter dengan berat kira-kira 600kg ditangkap di kawasan perairan antara Kampung Pinang ke Kampung Endap.

 ??  ?? MAKAN JERAT: Sang bedal bersaiz besar ditangkap kira-kira 200 meter dari jeti Kampung Pinang.
MAKAN JERAT: Sang bedal bersaiz besar ditangkap kira-kira 200 meter dari jeti Kampung Pinang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia