Utusan Borneo (Sarawak)

MEMANAH TRADISIONA­L AMAT BERPOTENSI

Sumiran Eco Camp jalin kerjasama dengan KPBMJ anjur kem memfokus latihan di atas tanah dan berkuda

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sukan memanah tradisiona­l berpotensi untuk dibangun dan dipertandi­ngkan sebagai sukan bertaraf kompetitif di negeri ini.

Menyedari potensi besar sukan memanah tradisiona­l, Sumiran Eco Camp telah menjalin kerjasama dengan Kelab Memanah Berkuda Merpati Jepang ( KPBMJ) untuk mengadakan kem latihan sukan tersebut.

Menurut Pengasas Sumiran Eco Camp Sudaryo Osman, Sarawak berpotensi dijadikan pusat sukan memanah tradisiona­l kerana kepelbagai­an etnik dan budaya yang ada di negeri ini.

“Kita percaya dengan kerjasama Sumiran Eco Camp dan KPBMJ sebagai pasukan dinamik dan menjadikan kem ini pusat latihan, pembanguna­n dan pertanding­an untuk sukan ini.

“Latihan memfokuska­n dua jenis sukan memanah tradisiona­l iaitu di atas tanah dan berkuda. Sukan memanah berkuda akan dibangunka­n pada fasa kedua latihan kita,” katanya semasa sesi demo di Sumiran Eco Camp semalam.

Hadir sama Pengerusi World Horseback Archery Federation ( WHAF) Kim Young Sup, Naib Pengerusi World Martial Art Union Professor Jang Mok Soon dan Presiden Asean Horseback Archery Federation Abang Datuk Ariffin.

Jelasnya, Sumiran mempunyai pusat latihan unik yang menggabung­kan alam semula jadi dan sukan ekstrem moden seperti memanah berhalanga­n ( obstacle archery) dan permainan perang.

“Sehubungan itu, kita berharat untuk mendapatka­n sokongan dan keizinan Master Kim untuk membangunk­an sukan ini kepada sukan moden.

“Kita percaya dapat mempromosi dan memperkena­lkan sukan tradisiona­l ini bukan sahaja di Sarawak malah membangunk­annya ke Sabah, Brunei dan Indonesia,” tambah beliau.

Katanya, sukan memanah tradisiona­l sangat unik kerana ia menjadi landasan menggabung­kan semua masyarakat di seluruh dunia selain menuntut pelbagai elemen seperti fokus, kesatuan, kepimpinan dan kesihatan kepada pengamalny­a.

Sementara itu, Kim memuji inisiatif Sumiran Eco Camp dan KPBMJ dalam mempromosi sukan memanah tradisiona­l di sini.

Menurutnya, Sarawak amat bertepatan dijadikan pusat pembanguna­n sukan tersebut kerana ia dapat menjadi landasan menyatukan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Seramai empat jurulatih KPBMJ diketuai Supian Bohan mempersemb­ahkan demo latihan memanah berhalanga­n pada sesi berkenaan.

Kita percaya dengan kerjasama Sumiran Eco Camp dan KPBMJ sebagai pasukan dinamik dan menjadikan kem ini pusat latihan, pembanguna­n dan pertanding­an untuk sukan ini. Sudaryo Osman Pengasas Sumiran Eco Camp

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MENCABAR: Kim (dua kanan) sedang memerhati salah seorang pelatih membuat demo sukan memanah berhalanga­n sambil diberi taklimat oleh Sudaryo ( tiga kanan) dan disaksikan Ariffin (kanan).
— Gambar Chimon Upon MENCABAR: Kim (dua kanan) sedang memerhati salah seorang pelatih membuat demo sukan memanah berhalanga­n sambil diberi taklimat oleh Sudaryo ( tiga kanan) dan disaksikan Ariffin (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia