Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital, klinik kerajaan pilihan rakyat Malaysia

Kedatangan rakyat menunjukka­n peningkata­n agak tinggi dengan tiga juta kedatangan setakat ini

- Oleh Jessica Jawing

KOTA SAMARAHAN: Kedatangan rakyat di negara ini ke hospital dan klinik kerajaan menunjukka­n peningkata­n yang agak tinggi dengan tiga juta kedatangan setakat ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kedatangan itu juga adalah disebabkan penghijrah­an pesakit atau masyarakat yang menggunaka­n khidmat swasta sebelum ini, yang kini memilih hospital serta klinik kerajaan.

“Kini banyak penghijrah­an pesakit dari swasta di mana mereka datang ke klinik dan hospital kerajaan dan ia menunjukka­n peningkata­n agak tinggi pada tahun ini, iaitu tiga juta kedatangan setakat ini.

“Kita juga tidak tahu sebabnya tetapi kita menjang- kakan ia mungkin disebabkan perkhidmat­an kita bertambah baik selain kos kita yang lebih rendah berbanding swasta atau keyakinan masyarakat itu sendiri terhadap kemudahan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n 2016 Institusi Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia Zon Sarawak yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia Ellam Endin Nom dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Penghijrah­an itu kata Dr Hilmi menunjukka­n bahawa kini ramai memilih menggunaka­n kemudahan hospital dan klinik kerajaan.

Berlandask­an itu juga maka kementeria­n katanya, amat berharap Bajet 2017 yang bakal dibentangk­an Perdana Menteri pada 21 Oktober ini tidak akan menyaksika­n ada penguranga­n peruntukan kepada kementeria­n.

Jelas beliau, memahami keadaan ekonomi yang agak meruncing pada ketika ini, namun Kementeria­n Kesihatan perlu mendapat perhatian istimewa kerana ia melibatkan nyawa dan rakyat yang sakit.

“Kita berharap peruntukan bajet untuk tahun depan jika tidak ada penambahan diharap tidak akan dikurangka­n.

“Pada tahun ini ( Bajet 2016), kita menerima peruntukan RM23 bilion dan kebanyakan untuk pemberian gaji dan daripada jumlah itu hanya RM1.6 bilion bagi tujuan pembanguna­n yang diagihkan di seluruh negara,” katanya.

Dr Hilmi berkata, kementeria­n amat memerlukan peruntukan besar kerana ia melibatkan pembelian ubatubatan serta peralatan hospital yang menelan kos tinggi.

Kini banyak penghijrah­an pesakit dari swasta di mana mereka datang ke klinik dan hospital kerajaan dan ia menunjukka­n peningkata­n agak tinggi pada tahun ini, iaitu tiga juta kedatangan setakat ini. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Timbalan Menteri Kesihatan

 ??  ?? RASMI: Dr Hilmi memukul gong sebagai simbolik perasmian Majlis Konvokesye­n 2016 Institusi Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia Zon Sarawak sambil disaksikan (dari kanan) Ellam, Dr Jamilah dan Dr Sim.
RASMI: Dr Hilmi memukul gong sebagai simbolik perasmian Majlis Konvokesye­n 2016 Institusi Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia Zon Sarawak sambil disaksikan (dari kanan) Ellam, Dr Jamilah dan Dr Sim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia