Utusan Borneo (Sarawak)

Madu kelulut mempunyai nilai komersial tinggi

Rakyat negeri ini terutama di luar bandar digalak terlibat dalam penternaka­n dan penghasila­n madu kelulut

- Oleh Nick Fletcher

BAU: Rakyat negeri ini terutama di kawasan luar bandar digalak terlibat dalam penternaka­n dan penghasila­n madu kelulut yang kini mempunyai nilai komersial tinggi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Anthony Nogeh Gumbek berkata ia kerana madu kelulut mempunyai pasaran yang baik sekali gus mampu menjana pendapatan yang lumayan ekoran penggunaan­nya yang semakin popular.

“Saya sangat menggalakk­an penduduk Sarawak berkecimpu­ng dalam penternaka­n dan penghasila­n madu kelulut kerana ia mempunyai pasaran yang baik,” katanya semasa merasmikan Kelulut Walk 2016 di Dewan Suarah Bau di sini, semalam.

MenurutAnt­hony,Malaysia juga telah menjadi salah satu pengekspor­t madu kelulut bagi memenuhi permintaan pasaran luar negara.

“Kita sudah mengekspor­t madu kelulut ke Timur Tengah, Singapura, Hong Kong serta banyak lagi dan permintaan­nya setakat ini sangat menggalakk­an,” katanya.

Sementara itu, Kelulut Walk 2016 menyaksika­n Duta Madu Kelulut Pak Sabri Ali berumur 54 tahun dari Kemaman, Terengganu melakukan jelajah sejauh 2,000 kilometer ke 14 negeri selama 55 hari untuk mempromosi­kan madu

Saya sangat menggalakk­an penduduk Sarawak berkecimpu­ng dalam penternaka­n dan penghasila­n madu kelulut kerana ia mempunyai pasaran yang baik. Anthony Nogeh Gumbek Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

kelulut, sekali gus direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

Di samping itu, ia juga platform bagi mempromosi­kan pameran Malaysia Agricultur­e, Horticultu­re & Agrotouris­m (MAHA) 2016 yang akan diadakan di Se- langor pada Disember nanti. Justeru, Sarawak telah menjadi antara destinasi jelajah Pak Sabri iaitu di Sibu pada 9 Oktober lepas, dari Damai Central ke The Waterfront Hotel di Kuching pada 11 Oktober dan di Dewan Suarah Bau, semalam.

Menurut Pak Sabri yang kali pertama datang ke Sarawak, jelajahnya itu adalah untuk membuktika­n khasiat madu kelulut yang boleh memberi tahap kecergasan dan kekuatan yang baik kepada tubuh.

“Saya sudah mengamalka­n madu kelulut selama dua tahun dan hasilnya, saya mempunyai stamina yang kuat.

“Dulu sebelum mengamalka­n madu kelulut, saya cepat letih dan tidak larat apabila berjalan jauh,” katanya. Sehubungan itu, beliau menyaranka­n agar semua orang tanpa mengira usia dan jantina untuk bersama-sama mengamalka­n pengambila­n madu kelulut.

 ??  ?? FOKUS: Peserta memberi tumpuan kepada ucapan Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda (gambar kanan) pada Ceramah Integriti dan Masa Hadapan Penjawat Awam.
FOKUS: Peserta memberi tumpuan kepada ucapan Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda (gambar kanan) pada Ceramah Integriti dan Masa Hadapan Penjawat Awam.
 ??  ?? BERKHASIAT: Nogeh dan Pak Sabri menunjukka­n produk madu kelulut yang dipamerkan sempena Kelulut Walk 2016 di Dewan Suarah Bau semalam.
BERKHASIAT: Nogeh dan Pak Sabri menunjukka­n produk madu kelulut yang dipamerkan sempena Kelulut Walk 2016 di Dewan Suarah Bau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia