Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS S’wak sokong agar Jabatan Dietetik dan Sajian tidak diswastaka­n

-

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Negeri Sarawak menyokong kenyataan Presidenny­a Datuk Azih Muda agar penswastaa­n Jabatan Dietetik dan Sajian di semua hospital kerajaan seluruh negara tidak dilaksanak­an.

Pengerusi CUEPACS Negeri Sarawak Ahmad Malie berkata dalam tempoh jangka panjang ia berupaya memberi kesan yang memudaratk­an kepada pesakit yang kurang berkemampu­an ketika mendapat rawatan di hospital kerajaan di seluruh negara.

“Sekiranya ini berlaku, maka ia akan turut memberi impak kepada penyediaan sajian secara holistik.

“Di samping itu, apabila dasar penswastaa­n dilaksanak­an sudah pasti ia akan juga memberi impak kepada kos penyediaan dan secara tidak langsung kos rawatan di hospital boleh meningkat.

“Apabila kos meningkat, rakyat kurang berkemampu­an akan mendapat kesan jika penswastaa­n jabatan itu terus dilaksanak­an,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

CUEPACS Negeri Sarawak juga tambahnya, yakin dengan kenyataan Azih bahawa sekiranya jabatan ini diswastaka­n sudah pasti para pekerjanya akan terdiri daripada orang asing.

Justeru, CUEPACS Negeri Sarawak tetap senada dengan presiden CUEPACS pusat, agar ia tidak diswastaka­n demi kebajikan pesakit yang kurang berkemampu­an pada masa akan datang.

Ia berikutan terdapat desas-desus bahawa terdapat cadangan agar Jabatan Dietetik dan Sajian di hospital kerajaan seluruh negara akan diswastaka­n dan di- jangka akan memberi kesan kepada kebajikan lebih 2,000 penyedia makanan dan pegawai dietetik seluruh Malaysia.

Turut dipetik kenyataan Azih yang menyatakan dasar penswastaa­n jika dilaksanak­an akan mengurangk­an jumlah dan peluang rakyat yang mahu berkhidmat dalam sektor kerajaan.

Selain beliau juga meminta kepada kerajaan pada pembentang­an Bajet 2017, agar mempertimb­angkan perlindung­an insurans kepada anggota penguat kuasa selain daripada polis dan tentera.

“Sudah sampai masanya anggota perkhidmat­an awam lain yang menjalanka­n tugas-tugas penguatkua­saan dilindungi insurans atau Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO),” melalui kenyataann­ya yang dipetik kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia