Utusan Borneo (Sarawak)

Integriti dugaan utama tugas penjawat awam

-

SIBU: Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (LAS) menganjurk­an Ceramah Integriti dan Masa Hadapan Penjawat Awam di Dewan LAS, Jalan Salim petang semalam.

Program diadakan sempena sambutan Bulan Integriti dan Inovasi LAS 2016 disertai kakitangan LAS dan agensi kerajaan.

Majlis berkenaan dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam ( CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Menerusi ucapannya, Azih berkata integriti merupakan cabaran perlu dihadapi penjawat awam dalam menjalanka­n tanggungja­wab dan tugas mereka.

Sementara itu, Azih berkata CUEPACS tidak menyokong cadangan penguranga­n waktu bekerja kepada enam jam sehari.

Ujarnya, beliau khuatir jika waktu bekerja enam jam itu dilaksanak­an, ia menjejaska­n pekerja dibayar mengikut jam kerana gaji mereka menjadi lebih rendah terutama dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Kami berharap kerajaan akan mengkaji dengan teliti perkara itu dan berharap waktu kerja tidak dikurangka­n tetapi gaji dinaikkan,” katanya.

Azih turut menyaranka­n kepada kerajaan untuk mengkaji semula elaun bagi sektor awam menjelang Ba- jet 2017 untuk memastikan kadar simpanan isi rumah penjawat awam dapat dipertingk­atkan.

Beliau berkata tindakan sewajarnya perlu dilakukan segera supaya nasib penjawat awam terbela seterusnya tidak terbeban ekoran kenaikan harga barang.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memastikan elaun diterima sejajar pelbagai peningkata­n kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia