Utusan Borneo (Sarawak)

Perubahan nama bolehkan SPDP buka cawangan di Semenanjun­g Malaysia

-

BAU: Perubahan nama Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kepada Parti Demokratik Progresif (PDP) adalah untuk membolehka­n parti membuka cawangan di Semenanjun­g Malaysia, kata Setiausaha Agungnya Anthony Nogeh Gumbek.

Menjelas lanjut, beliau berkata tujuan langkah itu diambil adalah bagi menyediaka­n platform kepada rakyat Sarawak di Semenanjun­g Malaysia untuk menyertai parti politik yang berasal dari Sarawak.

“Misalnya di Johor terdapat seramai 40,000 rakyat Sarawak yang tinggal di sana.

“Dengan itu, mereka boleh menjadi ahli SPDP di sana,” katanya ketika ditemu bual di sini, semalam.

Nogeh turut menegaskan bahawa hasrat parti itu membuka cawangan di Semenanjun­g Malaysia juga bukan untuk mendapatka­n kerusi atau menarik ahli politik dari sana ke Sarawak.

Sebaliknya, beliau berkata ia adalah untuk membantu rakyat Sarawak yang berada di sana terutama ahli parti.

“Orang Semenanjun­g boleh menyertai SPDP tetapi kami tidak berhasrat untuk berdiri di sana. Tujuan kami adalah untuk membantu rakyat Sara- wak, itu sahaja,” katanya.

Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing kelmarin mendedahka­n bahawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan permohonan SPDP untuk menukar nama kepada PDP.

Katanya ia kerana parti itu merancang untuk menubuhkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan cawangan terutama di Selangor.

Menurut beliau, pada masa ini parti itu sudah mempunyai cawangan di Permas Jaya, Johor Jaya, Tiram, Skudai, Nusa Jaya, Machap dan Layang- Layang iaitu kesemuanya di Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia