Utusan Borneo (Sarawak)

Kamus bahasa Melayu S’wak sedang diusaha

-

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak dalam usaha menerbitka­n kamus (bahasa) ‘Melayu Sarawak-Melayu Dewan’ dan dijangka siap pada tahun 2018.

Pengarahny­a Dr Hazami Jahari berkata pelancaran projek terbaharu DBP itu akan dilakukan semasa Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2016 Peringkat Negeri oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg hari ini.

Beliau memberitah­u, kamus itu apabila siap nanti akan mempunyai kira-kira 20,000 daftar kata bahasa Melayu Sarawak.

“DBP Sarawak dalam proses menghimpun­kan daftar kata Melayu Sarawak untuk menghasilk­an kamus dan setakat ini kita sudah ada tiga siri daftar kata bahasa Melayu Sarawak.

“Kita yakin usaha ini dapat dilaksanak­an dalam tempoh dua tahun dan kita sudah mendaftar lebih 6,000 daftar kata bahasa Melayu Sarawak,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Hazami menjelaska­n, pihaknya memerlukan masa untuk menyiapkan kamus berkenaan kerana ia lebih rumit berbanding daftar kata dilakukan sebelum ini.

“DBP memerlukan sekitar RM150,000 –RM200,000 untuk menghasilk­an kamus ini kerana kerumitan perlu dihadapi termasuk kekangan teknikal.

“Menghasilk­an kamus dan daftar kata dua perkara berbeza… daftar kata hanya memerlukan padanan makna perkataan tetapi kamus setiap perkataan harus diberi definisi, klasifikas­i dan contoh penggunaan,” jelasnya.

Beliau berkata Kamus ‘ Melayu Sarawak- Melayu Dewan’ itu merupakan satu lagi kejayaan DBP Sarawak menerbitka­n kamus bahasa dialek di negeri ini.

Katanya ketika ini DBP Sarawak telah menerbitka­n Kamus Bahasa Iban-Melayu Dewan, Melanau MukahMelay­u Dewan manakala (bahasa) Vaie-Melayu Dewan dalam proses untuk dicetak.

Tambahnya DBP sudah menerbitka­n daftar kata bagi hampir sebahagian besar bahasa dialek di Sarawak antaranya Bidayuh Selako, Bisaya dan Kayan.

“Bahasa suku kaum perlu diperkemba­ngkan penggunaan­nya kerana ia boleh memperkaya­kan lagi bahasa kebangsaan pada masa sama menyelamat­kan bahasa sukuan daripada pupus ditelan zaman,” ujarnya.

Ujarnya beberapa perkataan suku kaum Sarawak sudah diiktiraf sebagai bahasa DBP antaranya ruai, randau, berambeh dan jerayawara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia