Utusan Borneo (Sarawak)

Pengamal media dipuji sampai maklumat sahih

Media di negeri ini menjalanka­n tugas dengan baik dalam menyampaik­an maklumat berdasarka­n fakta

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Media di negeri ini menjalanka­n tugas dengan baik dalam menyampaik­an maklumat berdasarka­n fakta terutama mengenai insiden berlaku di Loji Kompleks LNG Petronas di Tanjung Kidurong pada 30 Julai lalu.

Ketua Bahagian Loji MLNG Pandai Othman berkata, maklumat insiden kebakaran kecil diterima pengurusan MLNG di kompleks terbabit disampai menurut perspektif sebenar dan sahih oleh media di sini.

Namun saya amat menghargai dan berterima kasih kepada media yang menyampaik­an maklumat benar dan berusaha meletak imej Petronas dengan baik. Pandai Othman Ketua Bahagian Loji MLNG

Beliau berkata, penyampaia­n maklumat disahkan itu amat penting untuk orang ramai mengetahui keadaan sebenar terutama soal keselamata­n dalam loji serta komuniti persekitar­an.

Begitupun katanya, banyak maklumat, gambar disebar dalam media sosial, Internet dan WhatsApp dapat ditangani dengan baik dalam tempoh singkat dan insiden itu pula agak lama diperkatak­an.

“Namun saya amat menghargai dan berterima kasih kepada media yang menyampaik­an maklumat benar dan berusaha meletak imej Petronas dengan baik.

“Tetapi kepentinga­n dalam operasi loji kami di sini ialah soal keselamata­n, kesihatan dan alam sekitar untuk komuniti keseluruha­nnya sentiasa ditekankan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua LNG Malaysia Petronas Pau Kiew Huai pada Majlis Malam Media MLNG bertemakan `MasterChef’ di Waves Fun Pub Hotel Parkcity Everly malam kelmarin.

Katanya media memain peranan cukup besar menyampaik­an maklumat benar mengenai operasi loji LNG malah mempromosi berkaitan aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk komuniti.

Beliau berkata, melalu- inya juga ia akan membantu mengukuh hubungan baik dengan kerajaan, kerjasama erat dalam pelbagai perkara serta berkongsi maklumat berkaitan pada masa depan sekali gus membantu antara satu sama lain.

Jelasnya, pada masa ini Petronas berusaha menangani pelbagai isu antaranya berkaitan harga minyak global selaras dengan tanggungja­wab membantu menjana ekonomi untuk negara termasuk menangani beberapa isu berkaitan permit kerja kakitangan negeri ini dan sebagainya.

Turut hadir Pengurus Jabatan Hal Ehwal Awam MLNG Norazibah Md Rabu, Ketua Perkhidmat­an Teknikal MLNG Wan M Muzani Wan Muda dan pengurusan kanan MLNG.

Terdahulu pihak media turut menyertai acara pada siangnya iaitu MLNG Me- dia Getaway `Snap N Go’ membabitka­n acara mencari `puzzle’ dalam belon untuk mencantum permainan lego seterusnya bergerak mencari lokasi premis setiap kumpulan perlu berselfie di premis ditemui dan menyertai permainan di Taman Koridor Sejarah dan Kebudayaan Bintulu di Parkcity Commercial Centre.

Acara itu menyaksika­n kumpulan putih muncul juara, diikuti naib juara kuning, ketiga biru dan keempat merah.

Acara bertemakan `MasterChef’ pada malamnya pula peserta perlu membuat lukisan makanan yang menarik, penyediaan makanan pencuci mulut yang masingmasi­ngnya dibahagi kepada empat kumpulan dan cabaran teh tarik untuk tiga peserta menyaksika­n Suhardi Mahdi daripada RTM Bintulu muncul juara.

 ??  ?? JUARA: Pandai (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada Misyma Ja’ang ketua kumpulan putih yang muncul juara acara Media Getaway `Snap n Go’.
JUARA: Pandai (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada Misyma Ja’ang ketua kumpulan putih yang muncul juara acara Media Getaway `Snap n Go’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia