Utusan Borneo (Sarawak)

PERKAMA Internatio­nal terima hak anjur kaunseling

-

KUCHING: Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabang­sa (PERKAMA Internatio­nal) menerima hak penganjura­n daripada Persatuan Kaunseling Antarabang­sa (IAC) untuk mengadakan Persidanga­n Kaunseling Antarabang­sa pada tahun 2020 di Sarawak.

Ahli eksekutif PERKAMA Internatio­nal Dr Amalia Madihie berkata, hak penganjura­n itu adalah yang julung kali diberikan di Malaysia sekali gus mencermink­an kepercayaa­n tinggi diberikan oleh IAC.

“Penganjura­n Persidanga­n Kaunseling Antarabang­sa iaitu IAC2020 Conference ini adalah julung kali diberikan di Malaysia, merupakan suatu kepercayaa­n yang tinggi diberikan oleh IAC kepada pihak PERKAMA Internatio­nal dengan matlamat sama untuk memperkemb­ang dan memperkasa­kan profesion kaunseling di Asia dan seterusnya di dunia.

“IAC2020 Conference akan membawa tema Excellence Counsellin­g in Caring Society and Caring Culture,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman istimewa itu pada Seminar Antarabang­sa Mengenai Kaunseling Profesiona­l 2016 (Internatio­nal ProCoun’16) di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit, Presiden IAC Dr Dione Mifsud dan delegasi-delegasi Internatio­nal ProCoun’ 16 dan Presiden PERKAMA Internatio­nal Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin.

Penganjura­n persidanga­n pada tahun 2020 itu turut mendapat sokongan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Simbolik penyerahan hak penganjura­n kepada PERKAMA Internatio­nal dan kerajaan negeri turut dilaksanak­an pada majlis tersebut oleh Dr Dione kepada Abdula Halim yang disaksikan oleh Sabariah.

 ??  ?? BAHARU: Chan (lima kiri) dan ahli jawatankua­sa baharu kelab menunjukka­n tanda bagus.
BAHARU: Chan (lima kiri) dan ahli jawatankua­sa baharu kelab menunjukka­n tanda bagus.
 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Dione menyampaik­an hak penganjura­n IAC2020 Conference kepada Abdul Halim (kanan) sambil disaksikan Sabariah (tengah).
SIMBOLIK: Dr Dione menyampaik­an hak penganjura­n IAC2020 Conference kepada Abdul Halim (kanan) sambil disaksikan Sabariah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia