Utusan Borneo (Sarawak)

AJK baharu Kelab Toastmaste­rs Kidurong bakal bawa kecemerlan­gan, kata Wesley

-

BINTULU: Ahli jawatankua­sa baharu Kelab Toastmaste­rs Kidurong Bintulu bakal membawa pencapaian lebih cemerlang untuk kelab dalam usaha menyumbang kepada kesejahter­aan rakyat ke arah lebih positif.

Presiden kelab terbabit dipilih bagi penggal 20162017, Wesley Chan yakin kelab itu akan dapat mencapai tahap lebih tinggi dengan dibantu pasukan kuat ahli jawatankua­sa baharunya serta sokongan berterusan ahli dan masyarakat setempat.

Beliau bersama ahli jawatankua­sa lain telah dipilih untuk memimpin kelab semasa majlis ulang tahun ke- 23 kelab dan malam pelantikan exco kelab itu di Hotel Kemena malam kelmarin.

Ahli jawatankua­sa baharu turut dipilih terdiri daripada Peter Voon sebagai naib presiden pendidikan, Hemlet Kiai sebagai naib presiden keahlian, Lisa Chee (naib presiden perhubunga­n awam), Monica Leong (bendahari) dan Ngo Jin Sheng (setiausaha).

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Presiden Hing Wai Meng dan Pengarah Kawasan E3 Kok Chun Moy.

Chan dalam ucapannya berbesar hati kerana dipilih sebagai presiden untuk penggal seterusnya bagi kelab terbabit.

Katanya pada tahun lepas di bawah kepimpinan presiden sebelumnya iaitu Hing Wai Meng, kelab itu telah menerima Anugerah Cemerlang Presiden daripada Toastmaste­rs Antarabang­sa.

Jelasnya, ia pengiktira­fan tertinggi atas kecemerlan­gan kelab dan Toastmaste­rs sebuah organisasi antarabang­sa ditubuh pada 1924 khusus untuk membantu membina kemahiran orang ramai berkomunik­asi supaya yakin memimpin orang lain.

“Kelab Toastmaste­rs Kidurong Bintulu tertua di Bintulu yang ditubuh pada 1993 dan kini satu-satunya kelab berbahasa Inggeris di Bintulu,” kata Chan.

Kelab itu mengadakan mesyuarat setiap hari Rabu kedua dan keempat setiap bulan di Jinhold Apartment Bintulu.

Ujarnya, pihaknya berkeingin­an untuk mengembang­kan keahlian sekali gus berharap lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan oleh Toastmaste­rs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia