Utusan Borneo (Sarawak)

60 peserta sertai Inno-Race sempena Minggu Inovasi S’wak

-

SIBU: Seramai 60 peserta mewakili 15 kumpulan agensi kerajaan negeri dan persekutua­n telah menyahut cabaran dalam Pertanding­an Kembara Inovasi ( InnoRace) sempena sambutan Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sarawak 2016 semalam.

Majlis pelepasan peserta telah disempurna Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Sarawak Hussin Mahmud dan Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sibu Abdul Malik Hashim di Kompleks Islam Sibu.

Peserta pertanding­an terdiri daripada tujuh agensi kerajaan negeri dan lapan jabatan kerajaan persekutua­n di bahagian Sibu, Sarikei, Mukah dan Kapit.

Jabatan kerajaan perseku- tuan ialah Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Sibu, Pejabat Imigresen Sarikei, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) Sibu, Penjara Pusat Sibu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sibu, KPDNKK Sarikei, Jabatan Penyiaran Sibu dan Jabatan Penerangan Sibu.

Manakala agensi kerajaan negeri ialah Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis, Lembaga Pelabuhan Rajang, Majlis Daerah Dalat & Mukah, Majlis Perbandara­n Sibu, Jabatan Pengairan dan Saliran Sibu dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sibu.

Pertanding­an Kembara Inno-Race 2016 berkonsep gabungan ‘treasure hunt’, ‘amazing race’, soalan inovasi dan khidmat komuniti melibatkan tujuh ‘check points’ iaitu Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Taman Jublee Bukit Aup, Dataran Bandar Sibu, Pintu Gerbang Sibu, Pusat Transforma­si Bandar ( UTC), Kampung Bandong dan Kompleks Islam Sibu.

Objektif Kembara InnoRace bertujuan mencipta daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta berdasarka­n sumber bahan yang terhad dalam masa yang ditetapkan.

Selain itu, memupuk integrasi dan kolaborati­f antara agensi kerajaan negeri dan agensi persekutua­n dalam hal berkaitan dengan penyampaia­n perkhidmat­an dan berkongsi idea kreativiti dan inovasi antara penjawat awam persekutua­n dan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia